Tentang saya

Saya adalah seorang anak lelaki yang dilahirkan di utara semenanjung Malaysia. Anak kelima daripada 5 orang adik beradik. Latarbelakang pendidikan saya adalah seperti berikut :-

  • Sekolah Rendah – Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang.
  • Sekolah Menengah – Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa.
  • Matrikulasi – Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.
  • Universiti – Universiti Malaya – B.Sc. Genetics and Molecular Biology.

Selepas tamat pengajian di universiti saya bekerja hampir setahun sebagai Research Assistant di makmal genetik di situ. Oleh kerana merasakan diri tidak sesuai bekerja di situ, saya berhenti walaupun baru 8 bulan bekerja dan memulakan perniagaan saya sendiri.

Saya membuka sebuah syarikat persendirian dan mula menjalankan perniagaan saya secara offline. Sememangnya hasrat di hati ingin menjalankan perniagaan internet sejak awal-awal lagi. Namun kerana sifat bertangguh-tangguh menyebabkan saya terpaku dengan perniagaan secara offline. Sekarang saya masih lagi menjalankan perniagaan supply & trading dengan membuka syarikat persendirian yang baru.

Lamansesawang adalah sebuah website yang asalnya saya reka untuk komuniti muslim dalam talian. Kemudian saya menutupnya dan menukarnya menjadi sebuah blog peribadi. Kemudian saya menukarnya menjadi sebuah blog tutorial. Dan akhirnya saya membuat keputusan untuk menjadikannya blog perniagaan internet saya.