Cara untuk transfer file guna Filezilla.
Posted by fendy on 31 Dec 2011 in Teknikal Internet | 0 commentsSekarang saya akan tunjukkan cara untuk transfer file guna Filezilla. Boleh juga gunakan cara ini untuk transferkan file installer WordPress ke dalam hosting anda untuk install WordPress.
Paparan Filezilla menunjukkan 2 bahagian utama iaitu kiri dan kanan, seperti gambarajah di bawah. Kiri terbahagi 2 dan begitu juga kanan terbahagi 2.
No.1 : File-file yang berada di dalam komputer anda. Anda boleh browse untuk mencari folder yang anda kehendaki.
No.2 : Kandungan bagi folder yang anda browse di No.1. Contohnya di No.1 anda memilih folder “Wordpress” maka di No.2 ditunjukkan kesemua kandungan folder itu.
No.3 : File-file yang berada di dalam hosting anda. Anda boleh browse untuk mencari folder yang anda kehendaki.
No.4 : Kandungan bagi folder yang anda browse di No.3.
Kesimpulannya sebelah kiri adalah bahagian komputer anda. Manakala sebelah kanan adalah bahagian hosting anda.
Namun demikian, proses Upload atau Download hanya melibatkan No.2 dan No.4 sahaja.
Upload adalah proses memasukkan file daripada komputer anda ke dalam hosting. Manakala Download adalah proses memindahkan file daripada hosting ke dalam komputer anda.
Untuk Upload :
- Pilih folder yang dikehendaki di No.1. File-file dalam folder yang dipilih akan disenaraikan di No.2.
- Pilih mana-mana file dan folder yang hendak diupload di No.2.
- Tarik kesemuanya menggunakan mouse pergi ke bahagian No.4. Pastikan tempat simpan file yang akan diuploadkan itu dipilih di No.4. Contohnya jika ingin disimpan di /public_html maka pilih folder itu dahulu (di No.3) sebelum upload.
- Jika hanya 1 file sahaja dipilih di No.2, anda juga boleh gunakan double-click mouse untuk transfer ke No.4. Kerana itu, berhati-hati supaya jangan tertekan double-click pada mana-mana file secara tidak sengaja di No.2 kerana transfer akan berlaku.
Untuk Download :
- Pilih folder yang dikehendaki di No.3. File-file dalam folder yang dipilih akan disenaraikan di No.4.
- Pilih mana-mana file dan folder yang hendak didownload di No.4.
- Tarik kesemuanya menggunakan mouse pergi ke bahagian No.2. Pastikan tempat simpan file yang akan didownloadkan itu dipilih di No.2. Contohnya jika ingin disimpan di C:\Users\admin\Desktop\ maka pilih folder itu dahulu (di No.1) sebelum download.
- Jika hanya 1 file sahaja dipilih di No.4, anda juga boleh gunakan double-click mouse. Kerana itu, berhati-hati supaya jangan tertekan double-click pada mana-mana file secara tidak sengaja di No.4 kerana download akan berlaku.
Anda mungkin meminati artikel ini :


