Meta Keywords Tag di dalam website perniagaan internet.

Meta Keywords Tag adalah sejumlah katakunci atau frasa katakunci yang boleh dikatakan akan membantu di dalam SEO sesebuah website perniagaan internet. Ianya digunakan sebagai kumpulan keyword yang menjadi target bagi sesuatu page.

Contoh Meta Keywords Tag adalah seperti berikut :

<meta name="keywords" content="online business, perniagaan internet,
internet, affiliate, seo, cpa, blog, website design, lamansesawang,
laman sesawang" />

Dahulu Meta Keyword Tags menjadi sasaran search engine kerana inilah yang menjadi tumpuan mereka semasa index sesuatu website. Namun demikian apabila kaedah search engine semasa index sesuatu website berubah maka berubahlah nilai Meta Keyword Tags.

Terdapat banyak perbincangan hangat tentang keberkesanan Meta Keywords Tag ini dalam meningkatkan ranking sesuatu website perniagaan internet.

Kebanyakan pakar-pakar SEO mempunyai dua pendapat tentang Meta Keywords Tag ini, iaitu sama ada hanya memberikan kesan yang terlalu kecil ataupun langsung tidak memberi kesan terhadap SEO.

Sesetengah search engine tidak mengambil kira Meta Keywords Tag untuk menentukan ranking sesebuah website itu. Contohnya Google. Perkara ini adalah berdasarkan kenyataan Google seperti berikut :

Our web search (the well-known search at Google.com that hundreds of millions of people use each day) disregards keyword meta tags completely. They simply don’t have any effect in our search ranking at present.

Dalam masa yang sama sesetengah search engine mengambilkira Meta Keywords Tag dalam menentukan ranking sesebuah website. Namun kesannya hanyalah kecil berbanding Meta Tags Title dan Description.

Yahoo menyatakan :

Though the keywords tag isn’t as important as it once was, effective keywords can still influence your search engine rankings. Your visitors won’t see your keyword meta tags (which will be hidden in your site code), but search engines may use them to help index your site.

Bing menyatakan :

I’ll make this statement: meta keywords is a signal. One of roughly a thousand we analyze. Getting it right is a nice perk for us, but won’t rock your world. Abusing meta keywords can hurt you.

Mengapa perubahan ini berlaku?

Oleh kerana dahulu search engine hanya berupaya untuk mengenal Meta Keyword Tags bagi sesuatu page maka banyak orang mengambil kesempatan dalam hal ini dan meletakkan pelbagai keyword supaya page mereka ditemui oleh pelawat internet walaupun content mereka tidak berkualiti ataupun tidak ada kena mengena dengan Meta Keyword Tags tersebut.

Dengan berkembangnya teknologi search engine yang menggunakan crawler dalam usaha index website, maka berakhirlah zaman kegemilangan Meta Keyword Tags. Ini adalah kerana crawler berupaya untuk menganalisa kandungan sesuatu page.

Dengan cara ini, search engine dapat mengenali page yang benar-benar berkualiti dan bukan lagi sekadar bergantung kepada Meta Keyword Tags yang ditulis. Kerana itulah sesetengah search engine langsung tidak memperdulikan Meta Keyword Tags di dalam index mereka.

Anda mungkin meminati artikel ini :



Sebarkan artikel ini kepada orang lain jika anda menghargainya :-

1 Comment

  1. penerangan yg senang nak paham…hajat nak pasang meta keyword ni. nak cuba belajar SEO slow :)

    tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>