Mengenali Meta Description Tag.

Sekarang saya akan cuba menerangkan sedikit sebanyak tentang meta description tag dan kepentingannya di dalam blog perniagaan internet.

Apabila sesuatu search query dibuat, search engine akan mencari di dalam internet, website-website yang mempunyai keyword yang sama seperti carian tadi.

Tempat carian search engine pada sesebuah website adalah sama ada pada meta keyword tag ataupun pada meta description tag. Ini penting di dalam perniagaan internet supaya keyword pilihan anda dapat dicari oleh search engine.

Snippet – Paparan pada search results yang diambil daripada meta data.

Pages – Halaman-halaman yang ada di dalam sesebuah website.

Kemudian apabila kesemua website yang berkaitan itu ditemui, search engine akan menyenaraikan kesemuanya mengikut ranking, dengan cara memaparkan snippet yang mengandungi title element dan juga meta description tag.

Contoh snippet adalah seperti berikut :-

SEO

 

 

Bukan sahaja snippet untuk homepage website yang akan dipaparkan. Bahkan mana-mana pages yang mempunyai keyword yang dicari tadi, akan dipaparkan di dalam search results.

Oleh kerana lain pages lain rankingnya maka kemungkinan susunan search results tadi akan bercampur dengan pages daripada website lain.

Namun jika sekiranya banyak pages daripada website yang sama mempunyai ranking yang tinggi, maka kemungkinan kesemua snippet pada halaman pertama itu dipenuhi dengan snippet daripada website yang sama, pages yang berbeza.

Kerana itulah, ramai orang menggunakan blog sebagai alat untuk SEO keyword pilihan mereka. Ini adalah kerana, setiap kali artikel atau post baru dibuat, ia akan menjadi halaman baru di dalam website kita.

Sekiranya teknik SEO digunakan dengan baik, maka kemungkinan halaman tersebut akan menduduki tangga tertinggi di dalam search results bagi sesuatu keyword yang dicari. Ini akan menjadikan blog perniagaan internet anda lebih popular berbanding blog lain.

Kesimpulannya, apabila sesebuah artikel itu ditulis, jangan lupa untuk mengemaskini meta description tag untuk artikel tersebut.

Secara umumnya, search engine akan mengambil beberapa perkataan pertama daripada perenggan awal artikel tersebut. Dalam keadaan ini, sangat penting bagi seseorang yang menjalankan perniagaan internet untuk meletakkan keyword pilihannya di dalam ayat awal bagi perenggan pertama artikel tersebut.

Selain itu, terdapat juga plugin-plugin yang boleh digunakan untuk mengubah dan mengoptimumkan penggunaan meta description tag ini di dalam website anda seperti yang saya terangkan di dalam artikel sebelum ini.

Dengan menggunakan plugin seperti itu, anda boleh menetapkan apakah meta description tag yang akan diambil oleh search engine dan bukan lagi beberapa perkataan pada perenggan awal artikel anda.

13. November 2011 by fendy
Categories: SEO | Tags: , , , , , | Leave a comment

Leave a Reply

Required fields are marked *

*


*