Perniagaan internet menggunakan blog WordPress.

Perniagaan InternetSemasa saya mula-mula belajar menjalankan perniagaan internet, saya menggunakan halaman html biasa sahaja. Ataupun lebih dikenali sebagai sales page, squeeze page atau minisite. Bentuk halaman seperti ini hanya memerlukan beberapa barisan kod html selain artikel tulisan kita dan kebiasaannya memaparkan bentuk halaman yang terlalu asas dengan beberapa pages sahaja.

Halaman seperti ini sesuai digunakan jika kita ingin menjual satu produk khusus. Kesemua maklumat lengkap tentang produk tersebut dimuatkan hanya ke dalam satu halaman tersebut. Di situlah pengenalan tentang produk dilakukan, soalan-soalan lazim, testimonial, harga, promosi, bonus dan di halaman itu juga lah butang belian dimuatkan.

Namun demikian sekiranya kita bercadang untuk membuat blog, maka penggunaan halaman seperti ini tidak sesuai. Walaupun seseorang itu begitu mahir mengubahsuai kod html supaya dapat menambah-nambah bilangan page setiap kali artikel baru ditulis, namun ianya sangat-sangat membuangkan masa.

Kerana itulah ramai orang apabila ingin membuat blog sendiri atau untuk tujuan perniagaan internet, mereka akan menggunakan platform blog atau CMS seperti Drupal, Mambo, Joomla, B2Evolution, Nucleus, Blogger atau WordPress.

Dengan menggunakan salah satu daripada platform ini, akan membantu daripada pelbagai segi di dalam proses membuat blog perniagaan internet.

Bermula tahun 2007 saya berkenalan dengan Joomla. Saya amat tertarik dengan kepelbagaian fungsi di dalam Joomla, terutamanya elemen “user access” yang mampu mempelbagaikan kawalan di dalam isi kandungan sesebuah website Joomla.

Dari masa ke semasa saya mempelajari Joomla dan akhirnya berjaya membuat dan menjual beberapa website menggunakan Joomla. Kecanggihan di dalam Joomla membuatkan sesebuah website Joomla itu nampak mantap dan mahal!

Dalam masa yang sama, saya juga menggunakan platform Blogger dan WordPress untuk beberapa website peribadi atas dasar suka-suka.

Walaupun saya sering mengutamakan Joomla tetapi jauh di sudut hati, saya amat tertarik dengan WordPress kerana ia amat mudah dan user friendly. Blogger juga mudah dan user friendly tetapi bagi saya fungsi di dalam Blogger sangat terhad. Sorry pakcik Google! (Blogger dimiliki oleh Google).

Sehinggalah bermula tahun 2010, di mana saya membuat keputusan untuk mula menggunakan WordPress sebagai salah satu daripada blog affiliate saya secara serius. Dan akhirnya saya mendapati bahawa WordPress lebih mudah digunakan jika kita ingin membuat blog berbanding platform blog atau CMS yang lain.

Secara asasnya pun, WordPress memang lah platform untuk membuat blog dan bukannya CMS. Namun dari masa ke semasa semakin banyak penambahbaikan dibuat di dalam WordPress sehingga sekarang ini WordPress juga mampu menyaingi platform CMS yang lain.

Dan bagi saya pula, sekarang ini saya lebih suka menggunakan WordPress walaupun customer saya mahukan website berbentuk CMS dan bukannya blog. Kerana WordPress sudah menjadi semakin canggih dan mampu menghasilkan website yang nampak mantap dan mahal!

Pokok pangkal penggunaan WordPress adalah pemilihan Theme dan Plugins nya. Theme adalah rupabentuk design website WordPress tersebut. Manakala Plugins adalah fungsi-fungsi tambahan kepada sesebuah website WordPress tersebut.

Kedua-dua Theme dan Plugins boleh didapati di dalam halaman WordPress. Kebanyakan daripadanya adalah percuma. Dan ada juga sebahagian daripada Theme dan Plugins WordPress adalah berbayar.

Sehingga sekarang saya amat berpuas hati dengan penggunaan WordPress. Bagi saya, WordPress adalah yang terbaik!

 

24. November 2011 by fendy
Categories: Perniagaan Internet | Tags: , , , , , , , , | Leave a comment

Leave a Reply

Required fields are marked *

*


*