Perniagaan internet saya yang pertama melalui affiliate.

Perniagaan InternetSepertimana yang saya ceritakan di dalam post sebelum ini, saya mula berkenalan dengan perniagaan internet semenjak tahun 2002. Semasa waktu itu, saya terbuka satu link yang menyediakan peluang perniagaan affiliate. Apabila saya membukanya, saya dapati produk yang dijualnya adalah produk “rumahtangga”.

Dengan niat untuk mencuba perniagaan internet affiliate, saya telah mendaftar sebagai affiliate.

Kemudian membuat satu website free di Tripod. Saya hanya mengikut langkah-langkah satu per satu di Tripod bagaimana untuk membuat website free tersebut. Itu adalah kali pertama saya membuat website sendiri.

Setelah siap, saya mula mengarang artikel di dalam website tersebut. Bahasa Inggeris bukanlah bahasa saya. Tetapi saya masih mencuba untuk membuat satu artikel berkaitan rumahtangga di situ. Akhirnya saya menyiapkan artikel itu dan meletakkan link affiliate saya di situ. Saya masih ingat baris ayat yang saya jadikan sebagai link. Bunyinya lebih kurang seperti ini, “If you want happiness in your marriage, visit us now.

Selepas siap membuat website tersebut, saya beberapa kali cuba menjenguk akaun saya. Sebulan dua saya berbuat sedemikian. Namun malangnya saya gagal mendapat apa-apa. Maka saya menjadi patah hati dan melupakan perkara tersebut.

Lebih kurang setahun atau dua tahun selepas itu semasa saya masih di universiti, saya mendapat sepucuk surat dari US. Apabila membukanya saya amat terkejut kerana di dalamnya ada sekeping cek. Dengan jumlah $45.

Rupa-rupanya perniagaan internet affiliate yang saya buat dan lupakan dahulu telah mendapat 1 jualan.

Saya berasa amat gembira apabila mendapat cek tersebut. Ibu bapa dan abang saya juga berasa agak hairan dengan apa yang saya perolehi. Salah seorang abang saya begitu teruja dengan perkara tersebut. Tetapi sekarang, dia telah mengatasi saya dalam bidang ini. Dia boleh dikatakan expert dalam perniagaan internet. Cuma dia tidak mahu menonjol. Semata-mata kerana dia mahu bertindak. Tidak seperti saya yang suka bertangguh.

Kerana itu saya merasakan bahawa peluang untuk mendapatkan pendapatan melalui perniagaan internet sebenarnya sangat luas dan mudah. Sesiapa pun boleh membuatnya. Jika anda serius, anda pasti akan beroleh pulangan. Sedangkan orang yang main-main seperti saya pun boleh dapat cek, takkan orang yang serius tak boleh?

Anda mungkin meminati artikel ini :



Sebarkan artikel ini kepada orang lain jika anda menghargainya :-

2 Comments

  1. shazwan

    saya nak jadi affiliate

    • fendy

      Boleh cuba daftar sebagai affiliate guna link ini.
      Kemudian boleh start promote produk-produk kesihatan melaluinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>