Domain perniagaan internet yang ada sengkang.
SEO di dalam pemilihan nama domain bagi website perniagaan internet adalah sangat penting. Ia adalah seperti nama bagi jenama-jenama produk yang popular di pasaran. Sekiranya ada mana-mana produk yang popular di pasaran, maka jenama produk itu akan menjadi sebutan ramai. Orang akan menyebut-nyebut jenama tersebut.
Sebagai contoh, terdapat pelbagai jenama mee segera di pasaran. Tetapi oleh kerana yang popular di kalangan mereka semua adalah Maggi, maka jenama tersebut menjadi sebutan orang. Kesannya apabila orang mahu bercakap atau menceritakan tentang mee segera, mereka akan menggelarkannya sebagai Maggi, walaupun jenama mee segera yang mereka gunakan itu bukannya Maggi.
Demikianlah juga dengan nama domain bagi sesebuah website perniagaan internet.
Apabila orang ramai mencari sesuatu produk di dalam internet, kita mahukan supaya mereka menemui website kita. Kerana itulah pemilihan nama domain perlu bertepatan dengan nama produk yang dicari oleh orang ramai tersebut. Contohnya, jika sekiranya orang ramai sedang mencari produk weight loss, maka sebaiknya nama domain yang kita pilih adalah weightloss.com.
Namun demikian, keadaan sebegini boleh dikatakan hampir mustahil untuk berlaku. Ini adalah kerana, hampir semua nama domain yang jelas seperti weightloss.com telahpun dimiliki oleh orang lain. Kerana itulah kita terpaksa mencari variasi di dalam nama domain.
Syaratnya pastikan nama domain tersebut menepati kaedah SEO supaya mudah website perniagaan internet kita mendapat tempat di dalam search engine.
Untuk ini berlaku, perkataan weight loss tadi perlu ada di dalam nama domain tersebut. Penambahan lain boleh dibuat tetapi keyword weight loss tidak boleh sekali-kali dibuang. Sekiranya anda tahu cara membuat kajian keyword, maka anda akan dapati frasa-frasa carian yang dibuat oleh pengguna internet berkaitan dengan weight loss. Maka salah satu daripada frasa tersebut boleh jadi pilihan nama domain anda.
Di dalam artikel saya tentang beli domain untuk blog peribadi sebelum ini, seorang pembaca meninggalkan komen tentang penggunaan sengkang. Memang benar menurut pembacaannya nama domain mestilah senang diingat dan elakkan penggunaan sengkang atau hyphen yang lain. Tetapi berlainan pula halnya dari segi SEO. Kerana sesetengah sumber mengatakan bahawa penggunaan hyphen contohnya sengkang, mungkin akan memberikan anda pengaruh di dalam SEO kerana menggunakan keyword yang jelas.
Maksudnya, nama domain seperti weight-loss.com mungkin akan mendapat pengaruh yang lebih di dalam SEO kerana keyword weight loss adalah jelas di dalam domain tersebut. Sedangkan nasihat pakar supaya mengelakkan penggunaan sengkang, hanyalah bertujuan supaya pengguna internet mudah mengingati nama website anda. Bukannya kerana penggunaan sengkang itu akan menjatuhkan kedudukan anda di dalam search engine.
Penggunaan sengkang sekali-kali tidak akan menggugat kedudukan anda di dalam search engine. Bahkan ada juga kemungkinan ia akan membantu dari segi SEO seperti yang saya katakan tadi. Kerana itu juga terdapat laporan yang mengatakan bahawa nama domain dengan sengkang sangat popular di German.
Cuma jika nama domain anda mempunyai sengkang, kemungkinan besar pengguna yang mahu melawat website anda pada kali kedua lupa tentang sengkang tersebut dan menemui website lain. Contohnya, dia mahu pergi ke website weight-loss.com sebaliknya menemui website weightloss.com. Inilah sebabnya pakar menasihati kita supaya elakkan penggunaan sengkang atau hyphen yang lain.
Kesimpulan yang boleh saya buat daripada perkara ini ialah, yang terbaik ialah menggunakan nama domain yang jelas. Jika tak dapat, gunakan nama domain lain tanpa penggunaan sengkang. Jika tak ada pilihan juga, jangan risau untuk menggunakan sengkang. Kerana jika cara promosi anda dan strategi SEO anda bagus maka penggunaan sengkang langsung tidak memberikan kesan kepada pelawat website anda.
Tambahan pula, salah satu daripada penyelesaian masalah “pelawat terlupa tentang sengkang di nama domain anda” ialah, letakkan link untuk bookmark website anda. Kerana apabila pelawat telah bookmark website anda, walaupun ada sepuluh sengkang mereka tetap akan menemui website anda. Saya tidak mengatakan penggunaan sengkang itu bagus dan mesti. Hanya jika anda tidak ada pilihan lain, maka tiada masalah untuk menggunakan sengkang.
Kepentingan SEO di dalam perniagaan internet.
SEO atau Search Engine Optimization adalah kaedah-kaedah yang digunakan supaya sesuatu website perniagaan internet itu mendapat ranking yang tinggi di dalam search engine. Kerana apabila search query dibuat di search engine menggunakan sesuatu keyword atau keyword phrase, search results tersebut akan ditunjukkan di dalam bentuk senarai di dalam beberapa halaman tertentu.
Search engine = Enjin carian. Contohnya Google.
Search query = carian yang dibuat di search engine.
Search results = hasil search query.
Keyword = Perkataan yang menjadi fokus utama. (Katakunci).
Contohnya : weight loss.
Keyword phrase = Frasa katakunci.
Contohnya : weight loss review.
Apa itu “ranking”?
Ranking adalah susunan yang dibuat oleh search engine apabila sesuatu carian dibuat. Contohnya apabila seseorang membuat carian “cheap hotel” maka search engine akan menyusun kesemua website yang mempunyai keyword tersebut menggunakan ranking. Website yang mempunyai ranking paling tinggi akan berada pada senarai teratas pada halaman pertama hasil carian. Dan diikuti dengan website yang seterusnya mengikut turutan ranking.
SEO berfungsi supaya sesebuah website perniagaan internet itu berada di senarai teratas pada halaman pertama hasil carian.
SEO boleh juga diibaratkan sebagai kaedah yang digunakan oleh seseorang supaya sesebuah website tersebut memenangi tempat pertama di dalam pertandingan keyword berbanding ribuan dan jutaan website yang lain. Sudah pasti website yang berada pada tempat pertama dan halaman pertama enjin carian akan mendapat pelawat yang ramai. Kerana itulah SEO sangat penting bagi sesebuah website, terutamanya jika website tersebut digunakan untuk menjual atau mempromosikan produk jualan.
Saya sering menambah artikel tetapi mengapa ranking website saya tak naik?
Untuk meninggikan ranking di dalam search engine, tidak cukup dengan hanya menulis artikel dan dibiarkan begitu sahaja. SEO ada di dalam nama domain, tajuk website, penerangan tentang website, tajuk artikel, isi kandungan artikel, imej dalam artikel dan bermacam-macam lagi.
Sekiranya kita tidak menghiraukan SEO dan hanya sekadar menulis dan menambah artikel maka samalah nasib website kita itu dengan beribu-ribu bahkan berjuta-juta website yang lain. Hasilnya, website-website seperti ini akan berada di halaman terkebelakang yang pada adatnya, tiada sesiapa pun yang mahu melihat halaman tersebut. Website yang tinggi rankingnya adalah hasil aplikasi kaedah-kaedah SEO.
Bagaimana kaedah SEO dikenalpasti orang?
Search engine bukanlah dioperasi oleh manusia sepenuhnya. Tidak mungkin Google atau Yahoo mempunyai kakitangan yang cukup untuk memeriksa kesemua website yang wujud di dunia ini. Setiap hari beribu-ribu website baru dihasilkan. Demikian juga beribu-ribu artikel baru ditambah. Adalah mustahil bagi mereka untuk meneliti kesemua ini untuk memilih manakah website yang terbaik.
Kerana itulah, search engine menggunakan sistem yang dipanggil sebagai crawler untuk menganalisa kesemua website-website ini. Dengan adanya sistem ini, maka mudahlah bagi kita untuk mengaplikasikan SEO sekiranya kita memahami bagaimana sistem ini berfungsi. Inilah rahsianya mengapa sesetengah website itu begitu popular. Bukan sahaja kerana mereka sentiasa update artikel blog mereka, bahkan mereka juga mengaplikasikan SEO di dalam website mereka.
Domain untuk blog perniagaan internet.
Dalam artikel ini saya akan memberikan pandangan peribadi saya tentang pemilihan niche keyword untuk nama domain bagi blog perniagaan internet. Adapun bagi mereka-mereka yang ingin membeli nama domain bagi syarikat mereka, tidak perlu dibincangkan kerana mereka boleh sahaja memilih nama syarikat sebagai nama domain.
Tetapi bagi mereka yang inginkan blog bagi tujuan bisnes affiliate dan sebagainya, cara pemilihan domain tidaklah semudah menggunakan nama syarikat. Sebaliknya ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum membuat pilihan.
Sebelum itu, elok saya katakan bahawa apa yang saya tulis ini dan contoh-contoh niche keyword yang saya berikan kebiasaannya berkaitan dengan blog berbahasa inggeris. Kerana blog berbahasa inggeris lebih mudah untuk digunakan untuk tujuan perniagaan internet kepada traffic berbahasa inggeris.
Pertama ialah anda perlu melihat niche produk yang ingin anda promosikan. Pastikan bahawa produk anda itu ada nichenya. Elakkan daripada cuba mempromosikan pelbagai produk daripada niche yang berbeza. Contohnya dalam satu blog, anda mempromosikan produk weight loss, garden supply dan pet health. Bukannya tak boleh, cuma kurang berkesan, kata kebanyakan guru-guru internet.
Ini adalah kerana jika blog anda itu mendapat sambutan pembaca-pembaca dengan niche keyword weight loss, maka anda sudah rugi kerana sibuk mengiklankan product garden supply dan pet health. Sedangkan kemungkinan besar para pembaca tidak berminat pun untuk melihat iklan anda itu.
Sebaliknya jika anda fokuskan promosi anda hanya kepada produk weight loss, kemungkinan para pembaca akan tertarik untuk melihat iklan yang promosikan itu.
Langkah seterusnya ialah anda perlu mencari niche keyword yang paling terperinci menepati produk yang anda akan promosikan kelak. Di dalam panduan Google ada diberi contoh, sekiranya anda ingin mempromosikan luggage bags maka elakkan menggunakan keyword bags kerana anda mungkin akan bertembung dengan pencari yang mencari maklumat tentang tea bags atau vacuum bags. Sebaliknya gunakan keyword seperti luggage bags, carry-on travel bags dan buy luggage online.
Selain itu anda juga boleh menyenaraikan niche keyword yang diminati oleh pencari-pencari di internet. Keyword ini mestilah berkaitan dengan niche produk yang anda cuba promosikan kelak.
Anda boleh melakukan perkara ini secara manual. Ambil sekeping kertas dan senaraikan frasa carian yang mungkin dibuat oleh para pencari di internet.
Ataupun gunakan keywords suggestion tools yang disediakan di dalam internet untuk memudahkan anda contohnya Google Keyword Tool. Buat carian di Google dan cari “keyword suggestion tools”.
Setelah anda mendapat senarai niche keyword yang paling menepati niche produk anda, pilih keyword yang paling banyak mendapat carian di internet. Tools yang disediakan di internet tadi, kebiasaannya akan menunjukkan jumlah carian yang dibuat di internet.
Kita memilih keyword yang banyak dibuat carian supaya lebih banyak orang yang mencari itu akan menemui blog kita.
Apabila sudah mendapat keyword yang muktamad, kemungkinan besar nama domain seperti itu sudahpun dimiliki orang. Jadi langkah seterusnya adalah sama seperti artikel saya sebelum ini, iaitu anda perlu menambah variasi pada nama domain anda. Cuma pastikan keyword anda tadi tidak terusik.
Mengapa perlu buat semua ini? Tak bolehkah menggunakan nama “luggagebags” sahaja untuk perniagaan internet anda?
Jawapannya, memang boleh. Cuma nama domain yang seperti itu kebiasaannya sudah dimiliki orang. Kerana itulah kita perlu mencari variasi nama domain yang lain. Dalam masa yang sama, kita juga hendak pastikan variasi nama tersebut benar-benar dicari orang. Kerana itulah kita perlu membuat kajian keyword ini terlebih dahulu.
Jadi, buat carian niche keyword yang paling sesuai dengan niche produk-produk yang anda bakal promosikan di blog anda kelak.
Beli domain untuk blog peribadi.
Domain adalah alamat kepada blog anda. Sekiranya anda mahu membeli domain, terlebih dahulu anda perlu memikirkan nama domain yang ingin anda beli. Sekiranya dari awal lagi anda sudah bercadang untuk menggunakan nama sendiri sebagai nama domain, maka tiada masalah dari segi pemilihan nama. Cuma mungkin masalah yang timbul ialah availability nama anda tersebut.
Maksud saya, kebanyakan nama domain yang menggunakan nama orang telah pun dibeli oleh orang lain. Mereka ini sama ada membelinya kerana nama mereka begitu ataupun mereka membelinya dengan niat untuk menjualnya kepada orang yang mahu dengan harga yang tinggi. Dalam masa yang sama, terlalu ramai pula orang di luar sana yang mempunyai nama yang sama seperti kita.
Saya sendiri pernah terfikir hendak membeli nama domain fendy.com tetapi malangnya sudah ada pemilik.
Jadi sekiranya nama anda dengan extension .com sudah ada pemiliknya, maka cubalah perhatikan extension lain seperti .net .biz dan sebagainya. Ataupun cuba anda letakkan variasi seperti sengkang. Contohnya jika mohdjamil.com sudah ada pemiliknya, cuba mohd-jamil.com. Penafian : Nama Jamil yang digunakan tiada kaitan dengan sesiapa.
Selain itu, jika anda tidak menemui variasi yang sesuai, anda juga boleh meletakkan awalan nama blog anda mengikut niat anda menulis blog peribadi ini. Kerana ramai juga orang yang ingin memiliki blog sendiri dengan tujuan untuk menjalankan bisnes tertentu. Bagi mereka seperti ini mungkin boleh ditambahkan awalan “bisnes” bagi nama domain mereka, contohnya bisnesjamil.com. Ataupun boleh tambah diakhir nama anda itu sesuatu tambahan seperti jamilbiz.com.
Bagi mereka yang ingin mempunyai blog dengan tujuan untuk menulis sahaja, anda mungkin boleh menambah awalan “blog” sebelum nama anda, contohnya blogjamil.com. Ada juga orang yang menggunakan awalan lain seperti diarijamil.com. Semuanya bebas bagi anda untuk memikirkannya.
Bagi mereka yang ingin mempunyai blog dengan tujuan menunjukkan kepakaran tertentu pula mungkin mereka boleh menggunakan awalan “tips” atau “petua” sebelum nama mereka, contohnya tipsjamil.com atau petuajamil.com.
Kepada cik-cik adik yang nak buat blog untuk menunjukkan kepakaran memasak pula mungkin boleh menggunakan awalan yang berkaitan dengan perkara tersebut. Contohnya dapurjamilah.com atau kualijamilah.com. Atau jika sekadar berkongsi resepi, gunakan resepijamilah.com. Selingan : Banyak blog resepi di internet dapat sambutan sebenarnya.
Pendek kata pemilihan nama domain boleh jadi sangat luas sekiranya anda memikirkan tujuan anda ingin memiliki blog peribadi. InsyaAllah pada masa akan datang saya akan tuliskan tips untuk memilih nama domain bagi tujuan bisnes.
Adakah Website Design itu perniagaan internet?
Saya telah menceburi bidang website design semenjak tahun 2006. Setelah 5 tahun di dalam bidang ini, saya masih lagi kurang pasti sama ada bidang website design ini boleh dikatakan salah satu daripada perniagaan internet ataupun tidak.
Apa yang saya faham, perniagaan internet adalah perniagaan yang menggunakan internet sebagai medium perantaraan untuk menjalankan bisnes. Bagaimana pula jika produk bisnes itu memang menggunakan internet tetapi medium perantaraannya adalah secara offline?
Sama juga halnya seperti keadaan saya ini. Boleh saya katakan kesemua pelanggan saya sebelum ini berurusan dengan saya secara offline. Kami bertemu dan bersua muka untuk membincangkan keperluan website tersebut.
Cumanya, produk yang saya jual itu adalah satu produk yang berkaitan dengan internet iaitu website. Jadi, adakah layak dan patut jika bisnes ini dinamakan bisnes online?
Sehinggalah hari ini apabila saya mendapat satu kontrak kerja daripada seseorang dari New Zealand berkaitan dengan website design. Dia bersetuju untuk membayar saya upah atas beberapa kerja yang berkaitan dengan website design. Kami tidak pernah bersua muka dan kesemua urusan kami, dijalankan secara online. Adakah ini baru dikatakan sebagai bisnes online?
Pada pendapat saya keadaan pertama saya tadi kurang sesuai dikatakan sebagai bisnes online. Saya cuma menjual produk online tetapi bisnes saya adalah offline. Sesetengah bisnes online memang memerlukan seseorang itu bergerak ke luar untuk menyelesaikan urusan bisnes onlinenya.
Contohnya seorang yang menjual makanan tambahan seperti Kapsul Habbatus Sauda’ seperti Al-Kinrari. Mungkin dari masa ke semasa mereka perlu ke luar untuk mendapatkan bekalan dan menghantar pesanan. Tetapi ini masih lagi dikatakan bisnes online kerana mereka menjual secara online.
Berlainan pula dengan seorang yang menjual kapsul tersebut di kedai runcitnya. Orang ini langsung tidak ada kaitan dengan bisnes online kerana dia menjual di kedai bukan di internet. Begitu juga dengan saya dahulu, saya menjual website secara bersua muka bukannya melalui internet.
Jadi apa yang berlaku kepada saya hari ini membuka mata saya kepada maksud bisnes online yang sebenar. Inilah kali pertama saya menjalankan bisnes website design secara online.
Kesimpulannya daripada dua jenis bisnes iaitu online dan offline, ada 4 pecahan secara umum yang boleh saya bahagikan. Iaitu :-
- Produk offline, pemasaran offline. Contohnya jual buku di kedai buku.
- Produk offline, pemasaran online. Contohnya jual buku di kedai online.
- Produk online, pemasaran offline. Contohnya buat website design tapi cari pelanggan di luar internet.
- Produk online, pemasaran online. Contohnya buat website design dan cari pelanggan melalui internet.
Keempat-empat cara di atas sama pentingnya bagi keadaan-keadaan yang berbeza.
Sangat bagus jika anda dapat menggabungkan kesemua cara ini. Supaya produk anda tersebut, ada nilai di semua tempat sama ada perniagaan internet ataupun tidak.
Contohnya, buat website design (produk online) dan tulis buku panduan mudah buat website (produk offline) kemudian cari pelanggan di luar internet (pemasaran offline) dan melalui internet (pemasaran online) untuk kedua-dua produk.
Perniagaan internet affiliate sebagai permulaan.
Di antara banyak-banyak cara membuat perniagaan internet, ada juga sesetengah daripadanya yang mudah. Boleh dikatakan cara kerjanya hanya sekadar “buat dan tinggal”. Cara seperti ini sangat sesuai untuk orang yang nak buat perniagaan internet perlahan-lahan sebagai permulaan. Contohnya bagi orang yang bekerja. Antara jenis perniagaan internet yang seperti ini ialah affiliate.
Jika anda pernah membaca post saya sebelum ini iaitu kisah perniagaan internet saya yang pertama melalui affiliate, anda akan mendapat gambaran tentang apa yang saya maksudkan sebagai buat dan tinggal.
Secara umumnya affiliate adalah sejenis online bisnes yang mempromosikan produk-produk orang sebagai ejen. Apa yang menarik ialah kemungkinan besar, kesemua tools yang diperlukan oleh kita untuk membuat promosi telah pun disediakan oleh pemilik produk. Tugas kita hanyalah menggunakan tools itu sahaja.
Biasanya selepas kita mendaftar sebagai affiliate, kita akan dibawa ke halaman affiliate di mana kita akan dapati tools untuk promosi di situ termasuklah affiliate link, banner, email template dan sebagainya.
Apa yang anda perlu buat hanyalah menyebarkan link tersebut kepada orang ramai. Terutamanya apabila anda mempunyai kenalan melalui email yang banyak atau mailing list. Namun cara ini agak susah bagi orang seperti saya kerana kenalan saya melalui email tak sampai 100 orang pun. Saya juga tidak mempunyai apa-apa mailing list.
Jadi cara terbaik bagi beginner seperti saya ialah dengan membuat blog baru dan meletakkan link tersebut di sana. Seperti yang pernah saya lakukan 10 tahun dahulu. Jika anda tiada domain sendiri, gunakan blog yang free seperti Blogger atau WordPress.
Kemudian hari, jika ada rezeki lebih, bolehlah gunakan blog dengan nama domain dan hosting sendiri. Saya mengesyorkan anda menggunakan Hostgator sebagai hosting anda kerana servis dan kualitinya sangat mantap. Anda boleh gunakan kupon “latestgatordeal” untuk mendapat diskaun menarik.
Selepas blog dibuat maka anda bebas untuk meletakkan di mana-mana sahaja affiliate link tersebut sama ada dalam bentuk link biasa atau banner. Dari masa ke semasa, buat artikel pendek sekitar 300 ke 500 perkataan tentang produk yang anda promosikan itu. Satu artikel seminggu pun memadai. Bagi mereka yang membuat perniagaan internet sebagai pendapatan utama pula, sebaiknya anda perlu menambah artikel pada setiap hari. Dengan cara ini, anda hanya perlu tunggu komisen affiliate anda masuk dengan sendirinya.
Untuk menjalankan perniagaan internet affiliate, tidak ada syarat untuk membuat blog berbahasa inggeris. Cuma pada pendapat saya lebih baik anda menggunakan bahasa inggeris untuk blog anda jika anda mampu menggunakan bahasa inggeris dengan baik.
Ada beberapa perkara lagi yang perlu dibuat jika anda mahu jadikan perniagaan internet sebagai pendapatan utama anda. Tetapi bagi mereka yang hanya membuat perniagaan internet sebagai kerja sambilan seperti saya, maka setakat ini sudah mencukupi sebagai permulaan.
Perniagaan internet bagi orang yang bekerja.
Sejak awal-awal lagi saya telah memilih untuk bekerja sendiri. Oleh itu untuk menjalankan perniagaan internet, tidak memberikan apa-apa masalah kepada saya. Namun demikian berbeza pula keadaannya jika sekiranya anda seorang yang bekerja.
Sekiranya anda seorang yang bekerja dan sangat berminat untuk menjalankan perniagaan internet, maka perkara pertama sekali yang perlu dipesan kepada anda ialah anda jangan terburu-buru.
Perniagaan internet ini bunyinya sedap didengar. Menyebabkan ramai yang terpukau dan terpesona. Mana tidaknya, setiap kali kita membuka halaman jualan mana-mana produk, mereka pasti akan memaparkan jumlah pendapatan harian mereka yang mencecah ratusan bahkan ribuan dollar. Maka tak hairanlah jika ramai orang yang kelabu mata apabila melihatnya.
Ramai juga orang yang terfikir untuk berhenti kerja dan sebagainya. Sedangkan semua pakar internet pasti akan menasihati anda supaya tidak berbuat demikian.
Orang-orang yang telah berjaya di dalam perniagaan internet, mereka juga mula merangkak-rangkak seperti anda. Apabila mereka telah berjaya, maka ada kemungkinan pendapat mereka mencanak naik dengan mendadak. Tetapi ini bukanlah alasan untuk anda berhenti kerja. Setakat angan-angan kosong tidak akan membuahkan apa-apa hasil.
Salah satu skill yang perlu ada pada orang-orang yang hendak menjual produknya di internet ialah skill memberikan harapan kepada pengguna. Mereka perlu membuat ayat-ayat yang paling power agar pembaca akan menaruh harapan yang tinggi terhadap produk yang mereka tawarkan.
Demikianlah apa yang sering berlaku kepada kita. Kita sering menaruh harapan terhadap produk itu dan ini dan menganggap bahawa dengan produk itu pasti perniagaan internet kita akan berjaya. Maka orang yang terburu-buru akan meninggalkan kerja asalnya dan terus menceburi bidang ini. Jika tersilap langkah, boleh jadi mereka akan menyesal di kemudian hari.
Sering juga berlaku kepada mereka yang terlalu minat untuk mendalami bidang perniagaan internet ini, sering menggunakan masa kerja mereka untuk melayari internet. Ini bukan sahaja menyalahi etika kerja bahkan bersalah dari segi agama juga.
Sepatutnya masa yang ada digunakan untuk menjalankan urusan kerja. Jika masa tersebut digunakan untuk melayari internet dan mencari maklumat tentang perniagaan internet, membaca ebook, blog dan sebagainya maka pendapatan anda tidak lagi berkat.
Kerana itulah jika anda berminat dengan perniagaan internet, maka anda perlu mempunyai sifat sabar dan jangan terburu-buru. Gunakan masa lapang anda untuk mempelajari sedikit demi sedikit selok belok perniagaan internet. Dan jangan sekali-kali membuat keputusan untuk berhenti kerja.
Perniagaan internet saya yang pertama melalui affiliate.
Sepertimana yang saya ceritakan di dalam post sebelum ini, saya mula berkenalan dengan perniagaan internet semenjak tahun 2002. Semasa waktu itu, saya terbuka satu link yang menyediakan peluang perniagaan affiliate. Apabila saya membukanya, saya dapati produk yang dijualnya adalah produk “rumahtangga”.
Dengan niat untuk mencuba perniagaan internet affiliate, saya telah mendaftar sebagai affiliate.
Kemudian membuat satu website free di Tripod. Saya hanya mengikut langkah-langkah satu per satu di Tripod bagaimana untuk membuat website free tersebut. Itu adalah kali pertama saya membuat website sendiri.
Setelah siap, saya mula mengarang artikel di dalam website tersebut. Bahasa Inggeris bukanlah bahasa saya. Tetapi saya masih mencuba untuk membuat satu artikel berkaitan rumahtangga di situ. Akhirnya saya menyiapkan artikel itu dan meletakkan link affiliate saya di situ. Saya masih ingat baris ayat yang saya jadikan sebagai link. Bunyinya lebih kurang seperti ini, “If you want happiness in your marriage, visit us now.”
Selepas siap membuat website tersebut, saya beberapa kali cuba menjenguk akaun saya. Sebulan dua saya berbuat sedemikian. Namun malangnya saya gagal mendapat apa-apa. Maka saya menjadi patah hati dan melupakan perkara tersebut.
Lebih kurang setahun atau dua tahun selepas itu semasa saya masih di universiti, saya mendapat sepucuk surat dari US. Apabila membukanya saya amat terkejut kerana di dalamnya ada sekeping cek. Dengan jumlah $45.
Rupa-rupanya perniagaan internet affiliate yang saya buat dan lupakan dahulu telah mendapat 1 jualan.
Saya berasa amat gembira apabila mendapat cek tersebut. Ibu bapa dan abang saya juga berasa agak hairan dengan apa yang saya perolehi. Salah seorang abang saya begitu teruja dengan perkara tersebut. Tetapi sekarang, dia telah mengatasi saya dalam bidang ini. Dia boleh dikatakan expert dalam perniagaan internet. Cuma dia tidak mahu menonjol. Semata-mata kerana dia mahu bertindak. Tidak seperti saya yang suka bertangguh.
Kerana itu saya merasakan bahawa peluang untuk mendapatkan pendapatan melalui perniagaan internet sebenarnya sangat luas dan mudah. Sesiapa pun boleh membuatnya. Jika anda serius, anda pasti akan beroleh pulangan. Sedangkan orang yang main-main seperti saya pun boleh dapat cek, takkan orang yang serius tak boleh?
Perniagaan Internet, setelah 10 tahun tunggu dan lihat.
16 tahun yang lepas iaitu di dalam tahun 1995 adalah kali pertama saya mengenali internet tetapi belum lagi mengenali perniagaan internet. Ia bermula dengan software MIRC yang saya gunakan untuk chatting dengan entah siapa pun saya tak tahu.
Masih lagi saya teringat bagaimana saya membuat channel “Kedah” yang pada waktu itu masih belum ada. Saya hanya buat sekadar untuk suka-suka. Kemudian semakin ramai orang yang memasuki channel itu di internet untuk chatting. Mungkin mereka orang Kedah kot.
Bermula tahun 2002 saya mula diperkenalkan dengan dunia internet yang lebih luas daripada sebelumnya. Kerana pada waktu ini saya baru memasuki universiti. Di sini saya berkenalan dengan dunia bisnes di dalam perniagaan internet.
Seperti biasa, naluri manusia biasa yang lemah memang terkesan dengan nilai harta dan benda. Saya menjadi begitu terpesona dengan luasnya bisnes di dalam internet. Di dalam hati, saya merasakan betapa mudahnya mendapatkan wang di dalam internet.
Maka saya terus terpesona dan tak kurang juga ribuan duit yang saya habiskan untuk mempelajari selok belok dunia perniagaan internet. Ribuan ringgit saya gunakan untuk membeli ebook, software dan membership untuk mempelajari dengan lebih lanjut. Seolah-olah saya terlupa bahawa saya ketika itu masih lagi seorang pelajar.
Namun apalah gunanya setakat belajar dan menimbun maklumat jika sekiranya tiada apa-apa tindakan dibuat. Pengalaman sudah banyak. Pengalaman ditipu pun sudah banyak. Maklumat semakin menimbun. Resource lebih daripada cukup. Cuma tindakan je yang belum saya lakukan.
Selama 10 tahun iaitu sejak 2002 sehingga 2011, saya hanya tunggu dan lihat. Saya melihat orang lain berhasil di dalam dunia perniagaan internet, sedangkan saya masih menunggu. Maka sudah sampai masanya sekarang ini, untuk saya mulakan tindakan yang sebenar.Iaitu mula menjalankan perniagaan internet dengan serius.
Kepada anda di luar sana yang mempunyai kisah hidup yang serupa atau hampir sama dengan saya, jangan tunggu lagi. Jika benar anda memilih jalan untuk membuat perniagaan sendiri, mulakannya sekarang.
Bagaimana memilih Domain Registrar.
Terdapat banyak domain registrar yang menawarkan perkhidmatan mendaftarkan nama domain di dalam internet. Kesemua penjual-penjual nama domain ini, sama ada di dalam atau di luar negeri bersaing di antara satu sama lain daripada beberapa segi. Inilah perkara yang perlu kita lihat dalam proses membuat pilihan.
- Harga. Walaupun tak banyak beza, tetapi saya pernah juga terjumpa dengan domain registrar yang meletakkan harga yang lebih tinggi berbanding kompeni lain. Bagi saya, kalau lebih 1 USD pun dah agak mahal. Oleh itu, cuba sedaya mungkin mencari domain registrar yang menawarkan harga paling rendah.
- Kupon diskaun. Ada juga sesetengah domain registrar yang menawarkan kupon bulanan ataupun kupon perayaan pada masa-masa tertentu. Kadangkala mereka tidak memaparkan kupon tersebut pada website mereka. Maka kita terpaksa mencari sendiri kupon tersebut di dalam internet. Tapi tak susah nak cari. Cuma taipkan “namecheap discount coupon” (namecheap adalah contoh registrar) pada Google dan cari di situ.
- Hadiah percuma. Ini adalah perkara pertama yang saya lihat apabila ingin membeli domain name, selain daripada harga. Terdapat domain registrar seperti Namecheap yang menawarkan hadiah percuma yang pelbagai termasuklah langganan WhoisGuard serta sijil SSL percuma selama setahun. Ini adalah tawaran yang tak terlawan bagi saya.
Selain daripada 3 perkara di atas ada beberapa perkara tambahan yang perlu diambil berat dalam pemilihan domain registrar.
- Support. Antara ciri-ciri yang menunjukkan sesebuah domain registrar itu baik adalah support system yang mereka ada. Sekiranya khidmat pelanggan mereka tip top maka itu adalah tanda bahawa perkhidmatan mereka berkualiti.
- Website user-friendly. Selain daripada membeli domain, kita juga perlu manage kesemua domain yang kita ada termasuklah menetapkan DNS bagi domain yang dibeli. Untuk memudahkan kita, carilah domain registrar yang menyediakan interface yang mudah untuk menguruskan domain-domain kita tersebut.
- Kaedah pembayaran. Bagi sesetengah orang yang tidak mempunyai kad kredit atau kad debit, maka hal ini sangat penting untuk mereka. Mereka terpaksa membeli domain name daripada domain registrar dalam negara kerana mereka menawarkan pembayaran melalui bank tempatan juga selain daripada kad kredit atau kad debit.
