Beli domain untuk blog peribadi.

DomainDomain adalah alamat kepada blog anda. Sekiranya anda mahu membeli domain, terlebih dahulu anda perlu memikirkan nama domain yang ingin anda beli. Sekiranya dari awal lagi anda sudah bercadang untuk menggunakan nama sendiri sebagai nama domain, maka tiada masalah dari segi pemilihan nama. Cuma mungkin masalah yang timbul ialah availability nama anda tersebut.

Maksud saya, kebanyakan nama domain yang menggunakan nama orang telah pun dibeli oleh orang lain. Mereka ini sama ada membelinya kerana nama mereka begitu ataupun mereka membelinya dengan niat untuk menjualnya kepada orang yang mahu dengan harga yang tinggi. Dalam masa yang sama, terlalu ramai pula orang di luar sana yang mempunyai nama yang sama seperti kita.

Saya sendiri pernah terfikir hendak membeli nama domain fendy.com tetapi malangnya sudah ada pemilik.

Jadi sekiranya nama anda dengan extension .com sudah ada pemiliknya, maka cubalah perhatikan extension lain seperti .net .biz dan sebagainya. Ataupun cuba anda letakkan variasi seperti sengkang. Contohnya jika mohdjamil.com sudah ada pemiliknya, cuba mohd-jamil.com. Penafian : Nama Jamil yang digunakan tiada kaitan dengan sesiapa.

Selain itu, jika anda tidak menemui variasi yang sesuai, anda juga boleh meletakkan awalan nama blog anda mengikut niat anda menulis blog peribadi ini. Kerana ramai juga orang yang ingin memiliki blog sendiri dengan tujuan untuk menjalankan bisnes tertentu. Bagi mereka seperti ini mungkin boleh ditambahkan awalan “bisnes” bagi nama domain mereka, contohnya bisnesjamil.com. Ataupun boleh tambah diakhir nama anda itu sesuatu tambahan seperti jamilbiz.com.

Bagi mereka yang ingin mempunyai blog dengan tujuan untuk menulis sahaja, anda mungkin boleh menambah awalan “blog” sebelum nama anda, contohnya blogjamil.com. Ada juga orang yang menggunakan awalan lain seperti diarijamil.com. Semuanya bebas bagi anda untuk memikirkannya.

Bagi mereka yang ingin mempunyai blog dengan tujuan menunjukkan kepakaran tertentu pula mungkin mereka boleh menggunakan awalan “tips” atau “petua” sebelum nama mereka, contohnya tipsjamil.com atau petuajamil.com.

Kepada cik-cik adik yang nak buat blog untuk menunjukkan kepakaran memasak pula mungkin boleh menggunakan awalan yang berkaitan dengan perkara tersebut. Contohnya dapurjamilah.com atau kualijamilah.com. Atau jika sekadar berkongsi resepi, gunakan resepijamilah.com. Selingan : Banyak blog resepi di internet dapat sambutan sebenarnya.

Pendek kata pemilihan nama domain boleh jadi sangat luas sekiranya anda memikirkan tujuan anda ingin memiliki blog peribadi. InsyaAllah pada masa akan datang saya akan tuliskan tips untuk memilih nama domain bagi tujuan bisnes.

 

14. October 2011 by fendy
Categories: Domain | Tags: , , | 3 comments

Comments (3)

  1. Salam. Saja nk kongsi sedikit artikel saya baca. Pemilihan nama domain perlu yang mudah diingati. Elakkan penggunaan sengkang dan seangkatan dengannya. Nak tanya kalau nak beli nama domain di mana ya? boleh bagi cadangan.

    • Sengkang sekadar variasi kalau dah tak ada pilihan. Lagipun nama domain untuk blog yang menggunakan nama sendiri jika ada sengkang pun tak memberi kesan sangat dari segi SEO.

      Domain beli dengan kompeni yang jual pakej hosting pun boleh. Senang juga kalau beli domain dan hosting di tempat yang sama. Saya biasa beli domain di namecheap.com.

  2. Pingback: Perniagaan internet - Domain yang ada sengkang.

Leave a Reply

Required fields are marked *

*


*