SCAM dari Nigeria gagal menipu aku


Aku nak ceritakan tentang kegagalan scam dari Nigeria menipu aku. Aku mempunyai sebiji Toshiba Tecra M7 tablet laptop. Aku bercadang cuba menjualnya menggunakan mudah dot my. Proses meletakkan iklan di mudah dot my memang mudah. Cuma aku agak hangin dengan peraturannya yang ada sekatan itu dan ini. Iklan aku berjaya dipublishkan pada waktu petang selepas waktu asar.

Malam selepas tarawikh, aku membuka email dengan harapan ada orang nak beli tablet aku yang aku jual mahal tu. Hehe… Biasa la. Meniaga mesti nak untun!

Alangkah tergezutnya aku, ada 3 email bertanyakan pasal tablet aku. Semuanya dalam bahasa inggeris. Cuma salah satu tu, di akhir mesej dia sebut perkataan “bro”. Jadi aku tahu lah yang dia tu orang Malaysia.

Dua lagi nama Veronika dan John Pearce. Keduanya bertanyakan sama ada tablet aku masih available atau tidak. Cuma si John ni, dia kata dia nak bid tablet aku dengan harga USD3500! Wah, memang teruja aku melihat huruf USD dan angka 3500 tu! Sedangkan Toshiba Tecra M7 yang baru pun harganya hanya USD2699 je…

Aku reply kepada Veronica bahawa tablet aku masih ada. Kepada John pula, aku bertanya lebih lanjut. Kata aku, dia ni dari mana. Sebab apa dia nak bid sampai harga cam tu. Aku bagitau dia aku sendiri takkan jual harga tu pada dia. Terus selepas beberapa minit aku reply, John membalas email aku. Katanya dia dari England. Dia berterima kasih kerana aku bersikap jujur dengannya mengenai harga tablet itu. Katanya dia ingin aku hantar tablet itu siap dengan shipping menggunakan DHL kepada sahabatnya sebagai hadiah. Veronika tidak reply kepada email aku.

Kemudian aku reply email si John ni dan memberitahu spesifikasi tablet aku. Selang beberapa minit dia reply semula dan mengatakan dia akan membayar USD2500 untuk tablet aku dihantar ke Nigeria. Alamatnya siap diberi. Dia juga meminta aku menunjukkan sedikit gambar tablet aku kepadanya. Mula-mula aku agak syak apabila melihat perkataan Nigeria. Sebab sebelum ni hari-hari dapat email SPAM dari negara-negara Afrika ni. Tapi memandangkan keslumberan yang ditunjukkan dalam ayat-ayat dia ni menyebabkan aku rasa cam percaya dan berbangga kerana mungkin akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda daripada harga kos aku. Mata aku semakin kelabu…

Aku terus serta merta menjadi sibuk mengambil kamera dan mula menangkap gambar tablet aku. Kemudian aku masukkan imej itu daripada kamera ke dalam komputer desktop aku.

Sejurus sebelum aku memasukkan imej tersebut ke dalam email, aku menerima satu email daripada ID bernama “PayPal Service”. Email itu mengatakan bahawa USD2800 telah dibayar oleh John Pearce ke dalam akaun PayPal aku cuma duit itu masih pending sehinggalah aku memasukkan Reference Number untuk shipping tablet itu ke Nigeria. Aku agak konpius. Tadi John kata dia nak beli USD2500. Apsal bagi USD2800 lak? Pastu rasanya belum setuju lagi nak jualbeli ngan dia, apsal dia dah bayar. Lagipun aku belum lagi hantar gambar untuk dia tengok.

Kemudian aku terfikir tentang ID email tadi iaitu “PayPal Service”. Aku tengok email addressnya. SAH! Memang scam! Address email tu bukan dari PayPal tapi addressnya ialah info @ mail2consultant . com. Biasanya email dari PayPal ialah services @ intl . paypal . com.

Aku juga turut melihat IP address email dia dan memeriksa dalam internet. Nampaknya email dia bukan dari England atau Nigeria sebaliknya dari Amerika.

Aku pun bertukar dari teruja menjadi membara. Aku pun hantar email pada John dan memarahinya kerana buat scam ngan aku. Dia masih pertahankan kebenarannya. Akhirnya aku buka Ebay dan cari tablet yang sama cam aku dengan harga lebih murah lalu menghantar address ebay itu kepadanya. Aku bagitau dia, kalau kau nak beli sangat, nah beli di sini, lagi murah.

Selepas aku settle dengan si John, Veronika pula hantar email kepada aku dan menyatakan dia ingin beli tablet aku untuk dihadiahkan kepada anaknya yang bekerja di Afrika. Aku tersenyum kerana dah tahu bahawa aku cuba diperdayakan sekali lagi. Lalu aku pun dengan tenang membalas email dia. Cuma aku tak marah lagi, sebaliknya aku dakwah dia supaya beriman kepada Allah S.W.T dan nabi Muhammad S.A.W. Dia tidak reply lagi.

Keesokan paginya satu lagi email dari Pastor Chris William aku terima menyatakan dia ingin membeli tablet aku untuk dihantar ke Afrika. Sekali lagi aku dakwahkan dia kepada Islam. Dia reply kepada aku dan berterima kasih kerana berlemah lembut kepadanya. Akhirnya aku copy paste kan reply dia kepada aku di sini untuk membuktikan memang banyak SCAM dari Nigeria. Oleh itu, berhati-hatilah selalu. Periksa sedetail yang mungkin sebelum bertindak.

Thanks so much for the time and the piece of advice.i am more than happy and very delighted to read such advicing message.the below address is not mine but i am also a Nigerian.My brother, i must confess to you,there is a lot of suffering here in Africa and thats why most people from africa come online to scam or something.here i am my real name is Tope Solomon but due to the fact that i need money to survive my educational barrier here in Nigeria because schooling here is not a easy task.but as you have talked to me in a very polite and mannerly way it really impress me a lot.please do email me because i will like to read again from you.
God bless you abundantly.

Kongsi cerita ini dengan rakan anda!

Kongsi bersama:
  • Add to favorites
  • RSS
  • email
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MSN Reporter
  • MySpace
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Reddit
  • LinkedIn
  • NewsVine
  • SphereIt
  • Mixx

Artikel berkaitan:

  • Tiada artikel berkaitan.

, , , , ,

  1. #1 by miza2806 on 14/05/2010 - 11:43 pm

    td sya ada dpat gak dpt emel org nigeria gk yg nk beli laptop saya…saya jual melalui mudah gak…
    tp blh cye ke yek???SCAM tu ape???

  2. #2 by Fendy on 15/05/2010 - 4:27 pm

    Semua diorang tu menipu je. Jangan terpengaruh. Diorang mulanya akan cakap diorang nak beli dan tak kesah berapa harga pun. Lepas tu diorang akan buat supaya kita dapat email melalui PayPal menunjukkan bahawa diorang dah buat pembayaran. Sebenarnya email PayPal tu rekaan diorang jugak. Akhirnya bila kita hantar, diorang yang dapat barang, kita tak dapat bayaran. PayPal tak tahu menahu tentang email tu.
    SCAM ialah penipuan.

(will not be published)