Betulkah ramai orang cabut bila ustaz mengajar?


Sebenarnya aku tak perlu menulis apa-apa untuk menjawab persoalan di atas. Kerana jawapannya sangat mudah. Ya, benar! Memang ramai orang cabut bila ustaz mengajar. Sebelum apa-apa, biar aku jelaskan bahawa tujuan aku menulis hanyalah kerana hobi. Bukannya untuk mempertahankan sesiapa, menyalahkan sesiapa atau mewakili sesiapa.

Allah izinkan kita manusia untuk membuat pilihan. Solat hajat selalu dan doa dengan Allah, minta Dia tunjukkan kebenaran…

Mungkin korang rasa korang sudah tahu siapa yang selalu cabut bila ustaz mengajar. Tapi selepas korang baca tulisan aku ni mungkin korang baru tahu, sebenarnya memang ramai orang cabut bila ustaz mengajar…Bukan orang “itu” sahaja…

Aku tak nak suruh korang perhatikan di masjid/surau korang, betul ke tak apa yang aku tulis ni. Sebab perbuatan itu ialah mencari kesalahan orang. Dalam agama kita perbuatan mencari kesalahan orang ni adalah satu dosa dan boleh menyebabkan perpecahan.

Biar aku ceritakan siapa yang suka sangat cabut bila ustaz mengajar. Perhatian! Aku harap semua faham bahawa bukan semua golongan ni seperti itu. Ini secara umum sahaja.

  • Orang awam biasa. Mereka ini terdiri daripada golongan orang awam biasa yang istiqamah datang masjid/surau atau kadangkala datang ke masjid/surau. Mereka juga digelar ahli masjid. Tetapi kebanyakan mereka akan cabut apabila ustaz mengajar, sama ada balik ke rumah atau duduk menghisap rokok atau berborak di bahagian luar surau/masjid. Kebanyakan mereka akan balik ke rumah. Sebabnya? Aku pun tak tau. Korang kena tanya diorang sendiri. Mungkin juga korang salah seorang daripada diorang.
  • AJK masjid/surau. Mereka ini terdiri daripada orang tertinggi sehinggalah orang terbawah dalam hierarki pengurusan masjid/surau. Terutamanya imam-imam. Mereka lah yang akan sentiasa cabut apabila ada ustaz mengajar. Ada orang kata, imam-imam tu cabut sebab dia ada kuliah di tempat lain. Percayalah kawan, isyak nanti korang akan nampak muka diorang walaupun semasa ustaz mengajar mereka tidak ada.
  • Orang yang tidak sebulu dengan ustaz tersebut. Dalam hal ini aku tanak banyak komen sangat. Cuma rasanya korang faham lah. Bukan semua ustaz datang mengajar agama secara umum. Ada yang khususkan pengajian mereka pada bulu-bulu tertentu. Jadi bila ada orang yang tidak sebulu dengan ustaz tersebut, dia akan cabut lah.
  • Orang yang tak puas hati dengan penyampaian ustaz tersebut. Hari ini tahap agama dalam diri orang islam sangat rendah. Jadi umat islam hanya suka dengan ustaz yang pandai membuat lawak jenaka, yang boleh bercakap berapi-api atau ustaz yang suka cerita benda yang pelik-pelik atau isu semasa. Ada juga yang suka dengan ustaz yang suka menyanyi dalam masjid/surau…Jadi bila ada ustaz yang tidak memenuhi citarasa mereka, maka mereka akan cabut.
  • Orang yang pernah kena sengat dengan ustaz tersebut. Memang pada mulanya mereka ini ikhlas ingin belajar dan menyertai pengajian tersebut. Seperti mengambil madu. Madu memang banyak khasiatnya. Tapi kalau dah selalu kena sengat, orang akan melarikan diri. Bila orang selalu kena sindir, cannon, lipat, pancung dengan ustaz tersebut, maka lain kali dia akan cabut bila ustaz tersebut mengajar.
  • Akhir sekali yang dapat aku senaraikan di sini ialah orang yang buat usaha agama. Ya, memang betul mereka selalu cabut bila ada ustaz mengajar.

Cuma apa yang menyedihkan ialah, walaupun banyak golongan sebenarnya yang cabut, orang hanya melihat kepada satu golongan sahaja… Seperti kain putih bersih dan di atasnya ada satu titik hitam. Walaupun keseluruhan kain tersebut putih bersih, tetapi apa yang biasanya orang lihat ialah titik hitam tersebut.

Kembali kepada orang buat usaha agama yang cabut bila ustaz mengajar. Ada orang kata, semua orang buat usaha agama memang macam tu. Diorang ni bukan suka sangat menuntut ilmu. Diorang beramal pun ikut-ikut orang je. Jahil, ilmu taka de, malas belajar. Diorang memang tak suka duduk dalam program yang bukan orang dia yang mengajar. Itu lah antara kata-kata orang awam pada orang yang buat usaha agama.

Persoalannya, betul kah begitu?

Biar aku tunjukkan sedikit kiraan matematik mudah. Setiap bulan orang buat usaha agama akan keluar 3 hari dan setiap tahun 40 hari atau 4 bulan.

Sekiranya dalam setahun seorang itu keluar setiap bulan 3 hari dan 40 hari setiap tahun, maka :
3 hari bagi 10 bulan = 10 buah masjid/surau dikunjungi.
40 hari bagi 2 bulan berikutnya = 13 masjid/surau dikunjungi.
JUMLAH = 23 masjid/surau dikunjungi + masjid/surau sendiri = 24 masjid/surau.

Sekiranya dalam setahun seorang itu keluar setiap bulan 3 hari dan 4 bulan setiap tahun, maka :
3 hari bagi 8 bulan = 8 buah masjid/surau dikunjungi.
4 bulan bagi 4 bulan berikutnya = 52 masjid/surau dikunjungi.
JUMLAH = 60 masjid/surau dikunjungi + masjid/surau sendiri = 61 masjid/surau.

Apa tujuan kiraan matematik ni? Tujuannya ialah untuk memperkukuhkan kenyataan aku ni, kerana antara orang macam orang awam yang hanya mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang situasi di masjid/surau sendiri, dibandingkan dengan orang yang mempunyai pengalaman dan situasi tentang 24 ke 61 masjid/surau (dalam setahun, kalau 10 tahun?)maka jelas dan nyata bahawa orang yang mengetahui situasi 24 ke 61 masjid/surau lebih dipercayai.

Terus terang aku nyatakan di sini bahawa kebanyakan tempat terutamanya surau-surau, jika tak ada orang buat usaha agama duduk dalam majlis ustaz, maka tak ada sesiapa nak duduk… Faham tak? Sekali lagi aku terangkan, kebanyakan tempat terutamanya surau-surau, majlis ustaz disertai oleh orang buat usaha agama, bukan orang awam!

Dan ingin aku nyatakan juga di sini bahawa tidak pernah ada satu usul pun dalam usaha agama ini untuk melarikan diri dari majlis ustaz. Bahkan di markaz, semasa dalam bayan hidayat (pesanan sebelum keluar ke jalan Allah) dipesan bahawa sekiranya ada majlis ustaz maka mesti duduk dalam majlis tersebut. Sepanjang 12 tahun aku buat usaha agama tak pernah aku dan rakan-rakan aku yang lain langgar nasihat ini, melainkan jika ada jemaah yang perlu keluar kerana ada urusan seperti membeli barang untuk dimasak bagi makan malam dan sebagainya.

Bahkan di masjid/surau sendiri pun, orang macam aku tak pernah SENGAJA cabut dari majlis ustaz melainkan ada URUSAN. Sekejap lagi aku akan terangkan apa yang aku maksudkan dengan URUSAN tersebut.

Jadi sebab tu bila ada orang kata orang buat usaha agama cabut bila ustaz mengajar, ya memang aku setuju. Tapi kalau 1 dalam seribu, sangat-sangatlah tak significant kenyataan itu. Cuba lah kau bandingkan dengan jumlah orang biasa, ahli masjid, AJK-AJK, imam-imam dan orang lain yang cabut bila ustaz mengajar tu. Logikkan kalau kau hanya focus pada orang buat usaha agama sahaja? Tahukah kau mengapa dia cabut? Betulkah kerana dia tak mahu menuntut ilmu? Adakah kerana seorang sahaja, kau sudah LAYAK mengecap semua orang buat usaha agama begitu?

Statistik yang diperolehi daripada markaz menunjukkan tahun lepas, lebih 10,000 orang keluar di jalan Allah untuk 4 bulan dan 40 hari dari kawasan Lembah Kelang ini (tak termasuk negeri lain). Kalau nak dibandingkan seorang itu dengan jumlah lebih 10,000, adakah logik untuk membuat tuduhan?

3 tahun lepas aku ada dengar statistik pengeluaran jemaah di kalangan ulama (para ustaz dan ‘alim) di Lembah Kelang. Pada waktu itu (3 tahun lepas) terdapat lebih 300 orang ulama yang sudah keluar 4 bulan di jalan Allah dan lebih 160 orang sudah keluar 1 tahun di jalan Allah. Itu statistik 3 tahun lepas. Sekarang aku tak tahu lah. So, jangan sekali-kali beranggapan tak ada ustaz yang mahu membuat usaha agama. Dan jangan beranggapan bahawa semua orang yang buat usaha agama ni jahil-jahil belaka. Siapa yang jahil, orang yang istiqamah solat di masjid/surau ke atau orang yang istiqamah solat di rumah, dan hanya datang ke masjid/surau bila ada program saja?

Sekarang aku nak terangkan apa yang aku maksudkan sebagai URUSAN. Sebelum itu untuk sesiapa yang belum tahu, sebenarnya untuk menghidupkan agama di tempat kita, para masyaikh menasihatkan kita agar menghidupkan masjid/surau dengan 5 amal jemaah masjid. Dan ini lah 5 amal yang cuba dihidupkan oleh orang yang buat usaha agama di tempat mereka.

Dan untuk pengetahuan semua, semua masjid/surau di Malaysia dan di seluruh dunia ni, jika kawasan itu ada orang buat usaha agama, maka 5 amal itu lah yang mereka akan buat, walaupun di masjid/surau yang masih dalam pembinaan atau masjid/surau yang kosong.

Sebab itulah ingin aku beritahu pada korang semua, bahawa sebelum AJK-AJK masjid/surau korang buat program itu dan ini, orang yang buat usaha agama dah hidupkan program dah pun! Program 5 amal telah hidup terlebih dahulu sebelum program masjid/surau dibuat. Dan ini berlaku pada almost kesemua masjid/surau di Malaysia dan di seluruh dunia.

Kebanyakan masa untuk menghidupkan 5 amal tersebut ialah selepas asar, selepas maghrib, selepas isyak dan selepas subuh. Apa yang nak aku terangkan di sini ialah, mengapa ramai orang buat usaha agama cabut bila ustaz mengajar, sebabnya ialah mereka sudah ada program sejak awal-awal lagi! Sejak sebelum ustaz tersebut mula mengajar lagi! Sejak sebelum AJK-AJK dilantik lagi!

Dan untuk 5 amal ini pun, orang yang membuat usaha agama akan mengajak semua orang lain untuk sama-sama menyertainya. Tetapi lihatlah apa yang berlaku. Siapa yang tak mahu menyertai program siapa sebenarnya? Setiap minggu sekali akan diadakan bayan (penerangan tentang usaha agama) selepas membuat jaulah umumiyah (ziarah mingguan secara umum), berapa orang yang mahu duduk dan dengar bayan? Sebab tu aku tanya, siapa yang tak mahu duduk dalam program siapa sebenarnya?

Satu bahagian di dalam 5 amal juga ialah amalan Taklim Rumah. Iaitu amalan di kalangan ahli sesebuah rumah iaitu si suami, isteri dan anak-anak yang melibatkan amalan pembacaan Quran, hadis dan amalan dakwah sesama ahli keluarga. Untuk amalan ini juga masa seperti selepas maghrib atau selepas isyak akan digunakan. Jadi aku tak hairan kalau ada orang selepas maghrib cabut balik ke rumah, sebab masa itulah Taklim Rumah di rumahnya diadakan.

Selain itu tak dinafikan juga dengan orang yang balik ke rumah kerana urusan lain. Contohnya dia balik ke rumah kerana itulah satu-satunya masa yang dia ada untuk makan bersama-sama anak dan isterinya. Sama lah halnya dengan ahli masjid, AJK-AJK dan imam-imam masjid/surau yang balik ke rumah semasa ustaz mengajar tu. Mungkin mereka juga mempunyai urusan yang sama. Who knows? Dan siapa kita ni untuk menghakimi tindakan mereka?

Tak dapat dinafikan juga dengan orang yang hanya mempunyai masa untuk membuat kerja pada masa-masa seperti itu iaitu antara maghrib dan isyak. Alhamdulillah walaupun dia sibuk dengan urusan kerja, masih lagi sudi hadir solat berjemaah di masjid/surau. Kebetulan ada ustaz mengajar, dia terpaksa pulang untuk menyambung urusan kerjanya. Ingat, bukan semua orang kerja siang hari. Orang yang kerja sendiri pun kadangkala waktu malam baru sesuai untuk dia buat kerjanya. Nasib baik lah dia datang solat.

Apa pula dengan orang yang tak datang solat? Pernahkan sesiapa bercakap tentang mereka yang tak datang solat? Datang solat pun tak, apatah lagi nak duduk dalam majlis ustaz! Memang tak ada lah istilah “cabut” bagi orang yang tak datang solat ni. Cuba kira bilangan orang yang tak datang solat dibandingkan dengan orang buat usaha agama yang cabut semasa ustaz mengajar, siapa yang lebih banyak? Jadi patut ke tidak kau melihat keburukan orang itu semata-mata kerana dia cabut dari majlis ustaz, walaupun dia datang solat?

Aku pun dah letih. Rasanya ini first time aku tulis post sepanjang ni. Aku rasa setakat ini saja. Aku harap orang-orang yang salah sangka selama ini diberi sedikit kefahaman oleh Allah akan situasi yang sebenarnya. Korang sebenarnya tak nampak apa kebaikan yang berlaku bila ada orang buat usaha agama. Sebab tu lah korang dengan mudahnya melihat keburukan orang seperti ini. Cuba baca post aku tentang usaha orang buta tu. Itu belum cerita laporan usaha atas orang asli lagi. Adakah orang macam korang ada usaha seperti itu?

Usaha agama adalah usaha seluruh umat islam. Bukan usaha orang yang dipanggil “tabligh” je. Tabligh itu gelaran orang. Entah siapa yang menggelarnya dan lekat pulak tu! Semua umat islam perlu buat usaha agama. Kita tak pernah membezakan antara orang buat usaha agama dengan orang lain. Bahkan orang lain yang suka membeza-bezakan antara kita.  Orang seperti aku yang sering pergi dari masjid ke masjid, dari surau ke surau. Banyak kelemahan dan keburukan orang yang boleh aku ceritakan. Tapi aku bukan macam kau. Dalam usaha agama kita tak dibenarkan ceritakan keburukan orang lain. Apatah lagi membuat tuduhan tanpa bukti seperti menuduh orang cabut dari majlis ustaz kerana ustaz itu bukan orang dia atau kerana dia malas menuntut ilmu…

Lamansesawang Home-Based Business Tips : Get on the Web. The Internet is the single best way for a home-based businesses to reach out to prospective customers. Even if your business isn’t “e-” anything, you need a Web site that can function as an online brochure for your company.

Kongsi cerita ini dengan rakan anda!

Kongsi bersama:
  • Add to favorites
  • RSS
  • email
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MSN Reporter
  • MySpace
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Reddit
  • LinkedIn
  • NewsVine
  • SphereIt
  • Mixx

Artikel berkaitan:

  • Tiada artikel berkaitan.

, , ,

  1. #1 by Karkun Jows on 19/03/2010 - 4:00 pm

    Artikel power! Hujah kritikal dan mantap! Teruskan membedal mereka-mereka yang busuk hati. Hujum! Hujam!

    Jows

  2. #2 by Fendy on 21/03/2010 - 10:45 pm

    Jazakallah. Ya memang kadangkala ada orang busuk hati tapi kadangkala ramai juga yang sekadar salah faham atau sekadar bertanya. So selagi kita boleh explain dengan cara baik, baguslah.

    Ramai orang salah faham dengan usaha agama sebab diorang tak dapat info sebenar. Cara untuk dapat info sebenar ialah dengan diorang sendiri keluar di jalan Allah. Atau at least duduk dalam bayan dan bergaul dengan orang yang buat usaha agama.

    Cuma tu lah, semua orang buat usaha agama pun manusia biasa. Berbuat salah tu satu lumrah manusia biasa. Cuma kita kena berhati-hati lah dalam hidup. Supaya kita tak jadi fitnah terhadap usaha agama. Semoga Allah terima aku dan seluruh umat dalam usaha agama.

(will not be published)