
Semalam adalah kali pertama aku mulakan pembelajaran bahasa bisu atau sebenarnya dinamakan bahasa isyarat. Yang bestnya, guru aku adalah budak tingkatan 5. Hehehe…
Aku ajar dia komputer dan sebaliknya dia ajar aku bahasa bisu.
Sebelum aku mula belajar dengan dia, ayah budak ni beriya-iya menceritakan kelebihan aku belajar bahasa bisu. Antara kata-kata ayah dia,
“You kalau belajar bahasa bisu, you boleh dakwah pada orang bisu. Sekarang ni kita asyik dakwah orang biasa, orang bisu semua tak tau agama. So, you sebagai tabligh kena lah kembangkan agama ni pada orang bisu jugak. Takkan nak biarkan diorang tu begitu”.
Aku sebenarnya baru balik dari mesyuarat KL time tu. Dalam mesyuarat KL ada diberi targhib tentang usaha jemaah bisu. So, bila aku dengar ayah budak ni cakap macam tu, aku tersenyum sendiri. Ini lah sebenarnya masalah orang islam kita ni. Mereka tak tahu apa perkembangan usaha dakwah di seluruh dunia. Jadi mereka sangka orang buat usaha dakwah tak berkesan. Kalaulah mereka tahu laporan usaha dakwah, tentu mereka terkejut.
So di sini aku nak ulang kembali targhib dan karguzari yang diberi di dalam mesyuarat KL tu tentang usaha jemaah bisu.
Dari segi agama, orang-orang bisu jauh ketinggalan di belakang. Bahkan ramai di antara mereka yang salah faham tentang agama. Pada tahun 2005, wakil daripada persatuan-persatuan bisu bermesyuarat dengan JAKIM dan meminta agar mereka juga tidak ketinggalan dalam hal agama. Berkat fikir risau mereka, Allah S.W.T menghantar satu jemaah bisu daripada Pakistan untuk keluar di jalan Allah di Malaysia. Maka bermulalah usaha atas orang-orang bisu di KL dan di seluruh Malaysia.
Berkat usaha dakwah ke atas orang-orang bisu ini, Alhamdulillah kelihatan perkembangan agama di kalangan mereka. Setiap minggu di malam perhimpunan mingguan di Masjid Sri Petaling, di samping terjemahan bahasa Inggeris, Arab, Cina, Urdu, Tamil, Benggali, Myanmar dan lain-lain, terdapat juga terjemahan bahasa bisu di Tiang Bisu di sebelah sayap kanan masjid. Demikian juga banyak jemaah 3 hari bisu dikeluarkan.
Berkat usaha mereka keluar di jalan Allah, banyak karguzari didapati. Salah satu daripada karguzari tersebut ialah bagaimana salah faham berlaku di kalangan orang bisu tentang agama. Iaitu, kebanyakan orang bisu meyakini bahawa Allah S.W.T adalah seorang perempuan, kerana Allah S.W.T mempunyai sifat penyayang seperti seorang ibu.
Hj. Sab di mahalah aku juga pernah bagi satu karguzari. Iaitu sekali satu jemaah bisu keluar di satu kampung dan menemui seorang anak muda bisu di situ. Mereka mengajaknya ke masjid untuk bersama-sama jemaah. Tetapi ibu ayah budak bisu tersebut menghalang. Kata mereka, “tak perlu, anak kami dah belajar agama”. Kemudian jemaah bisu tersebut minta budak tersebut ceritakan dengan bahasa isyarat apa yang dia tahu tentang agama. Budak itu mula menceritakan tentang Allah. Katanya, Allah ni seperti seorang lelaki memakai jubah dan mempunyai janggut dan memegang tongkat. Mendengarkan apa yang diceritakan oleh anak muda itu, kedua-dua ibu dan ayah budak tersebut terus menangis, kerana melihatkan salah faham anak mereka terhadap agama. Maka mereka terus menyuruh anak mereka pergi ke masjid bersama-sama jemaah tersebut.
Dengan izin Allah, pada bulan Oktober 2009, satu Jor Bisu (perhimpunan) telah diadakan di Sri Petaling. Mereka meletakkan target untuk mengeluarkan daripada jor itu 8 jemaah 40 hari dan 2 jemaah 4 bulan. Dengan izin Allah, mereka hanya berjaya dapat membentuk 3 jemaah 40 hari dan 1 jemaah 4 bulan.
Syukur pada Allah, masyaikh di Nizamuddin juga amat gembira dengan perkembangan usaha atas orang bisu ini. Bahkan di Nizamuddin juga sudah mula diadakan halaqah terjemahan bahasa bisu.
Baru-baru ini satu jemaah bisu keluar di halaqah Gombak Tengah. Dengan izin Allah, mereka dapat ikram satu karkun lama untuk sama-sama dengan jemaah mereka. Dan semasa mereka membuat jaulah umumiyah, Rahaba/Dalil (penunjuk jalan) adalah seorang buta dan Mutakallim (jurucakap) adalah seorang bisu.
Sebab itulah melalui usaha ke atas orang bisu ini, kita dapat melihat kebesaran Allah melalui mereka. Bayangkan seorang penunjuk jalan yang bertugas untuk memandu arah semasa berjalan, adalah seorang buta? Dan seorang jurucakap yang bertugas berkata-kata dengan orang adalah seorang bisu? Inilah hebatnya Allah S.W.T yang boleh melakukan segala sesuatu.
Atas maksud itu lah, pada 1 Mei 2010 ini, satu Jor Bisu akan diadakan di Sri Petaling sekali lagi. Dan mereka membuat azam untuk keluarkan jemaah 40 hari sebelum dan selepas Jor Bulan Jun (11,12, 13 Jun). Maka dijemput semua orang-orang bisu lelaki muslim ke sana pada tarikh tersebut.
Demikianlah laporan dan targhib usaha orang bisu. Sebenarnya melalui usaha dakwah ini, banyak kesan-kesan baik berlaku. Cuma bila kita tidak terjun ke dalam usaha ini maka kita tak tahu apa yang berlaku.
Sebenarnya Allah S.W.T sudah tunjuk banyak kesan dan bukti di depan mata kita, bahawa usaha dakwah ini adalah usaha yang benar. Cuma kadangkala di hadapan mata manusia ni ada hijab…
Lamansesawang Home-Based Business Tips : Do your research. You may think that your idea for your home-based business is unique. But unless you do some market research, you won’t know whether or not your market is already saturated. Market research can help you find a special angle for your product or service, giving you an edge over your competitors.
Kongsi cerita ini dengan rakan anda!

Recent Comments