Hari Sabtu yang lepas genaplah 3 hari berturut-turut aku berjaga malam dan tak tidur lansung sampai waktu Subuh. Oleh kerana susah nak bangun Subuh di rumah baru ni, aku membuat keputusan untuk tak tidur lansung pada waktu malam. Supaya pada waktu Subuh, aku dapat ke masjid di awal waktu.
Perangai tidur lewat dah jadi amalan sekian lama. Lewat tu bukannya setakat jam 12.30 malam, bahkan sampai jam 3 ke 4 pagi baru nak tidur. Jadi bila masuk tidur dah lewat memang lah susah nak bangun jam 5-30 ke 6.00 pagi tu. Benda ni perkara biasa yang mudah difahami. Kalau tidur awal, senang bangun awal. Kalau tidur lewat, susah bangun awal. Memang senang nak paham tapi susah nak buat.
Umum mengetahui kebaikan masuk tidur awal. Dan sebenarnya memang dalam Islam digalakkan tidur awal. Lepas Isyak pun tak elok banyak bercakap atau bersembang. Kita digalakkan tidur lepas isyak untuk bangun awal.
Aku pernah dapat satu tips daripada sorang best student di UTM Skudai yang juga seorang rakan seusaha. Katanya, tidur awal seawal jam 11.00 malam. Kerana satu jam daripada jam 11.00 hingga 12.00 malam itu sebenarnya menyamai dengan 3 jam tidur. Maka sekiranya dikatakan seorang itu perlu tidur 6 jam di waktu malam, maka jam 3.00 pagi dia sudah boleh bangun. Maka di waktu yang hening begitu memang elok untuk tahajjud dan study kalau mahu. Pokoknya, tidur kena awal, iaitu seawal 11.00 malam.
Masalahnya, bila dah habis belajar ni, memang tak ade pikir pun nak study tengah malam. Dulu masa belajar pun tak pernah buat. Selalu juga aku bermimpi buruk bahawa aku tengah belajar. Banyak benda tak study lagi, exam dah dekat. Keadaan memang genting time tu. Tapi bila terjaga dari tidur, lega rasanya sebab rupa-rupanya semua itu tadi hanya sekadar mimpi. Mimpi buruk…
Kembali ke topik utama, bila aku tak tidur di malam hari, maka banyaklah masa yang terluang. Aku tak buat banyak benda sangat. Melainkan main komputer game sampai dekat-dekat nak Subuh. Bila main game ni masa tu rasanya sekejap sangat berlalu. Macam 2 ke 3 jam je. Badan tak lah terasa letih sangat. Dekat-dekat Subuh je rasa letih tu mula datang. Tapi dari malam ke Subuh tu perut memang bergelora lah. So, memang makan 2 kali juga in between masa tu. Tah apa-apa yang aku makan.
Bila time subuh menjelang, aku pun ke Masjid. Alhamdulillah dapat sembahyang awal waktu.
Masalah seterusnya, mesyuarat harian dan taklim mahalah aku lepas Subuh. Dapatkah aku bertahan, sedangkan seharian aku tak tidur lansung. Mesyuarat harian mahalah aku pun special. Mencapai 1 jam kadangkala tu. Entah apa yang dimesyuaratkan tu aku pun tak tahu. Lepas tu taklim pulak setengah jam. Dah lah pak imam baca surah panjang dengan kadar kelajuan bacaan Tartil. Masa sembahyang pun badan rasa macam nak jatuh. Kaki dan badan terasa gatal-gatal. Entah sebab apa. Mungkin kesan badan terlalu lemah waktu tu sebab tak cukup rehat.
Hari pertama aku tak tidur malam tu, aku escape mesyauarat harian dan taklim. Ehehe… Jangan buat tau!
Hari kedua, aku duduk mesyuarat. Mencecah 45 minit gak mesyuarat tu. Dalam mesyuarat tu ada umur mesyuarat tentang 2 jam setengah. Aku ada bagi syor untuk mulakan sehari setiap minggu untuk cukupkan 2 jam setengah iaitu hari Sabtu dari Subuh hingga ke Zohor. Lepas meysyuarat aku cabut sebab mengantuk sangat.
Hari ketiga aku tak tidur malam iaitu hari Sabtu, aku escape lagi mesyuarat dan taklim. Tapi aku balik rumah aku tak terus tidur. Aku sambung jap game dan sarapan pagi dulu sebelum mulakan tidur harian aku. Nak dijadikan cerita, sebiji kereta kancil hijau berhenti dihadapan rumah aku. Aku dah agak dah! Kata aku kepada diri sendiri dalam hati. Diorang mesti akan datang khususi aku punya! Diorang bunyikan loceng rumah aku. Aku cepat-cepat tutup komputer dan mempersilakan diorang masuk.
Kami datang melawat anta buat pertama kalinya, kata jemaah khususi tu. Memang sejak aku berpindah ke sini sejak 3 minggu lalu diorang belum pernah datang melawat rumah aku lagi. Jadi dengan kononnya hikmah tu diorang gunakan alasan tu untuk khususi aku… Macam la aku tak tau… Ehehe…
So, Hj. Sab yang sharp shooter terus kata, kami datang khususi anta la ni sebab hari tu anta yang bagi syor nak buat 2 jam setengah sampai Zohor, tapi anta tak datang. Aku pun tersenyum lalu memberi penjelasan bahawa aku dah 3 hari tak tidur malam semata-mata kerana risaukan terlepas solat Subuh. Nampaknya alasan aku tu berjaya aku sampaikan tapi entahlah diorang boleh terima ke tak.
Inilah bezanya orang muda dengan orang tua. Orang tua cam Hj. Sab tu dah tak de kehidupan dah, melainkan buat usaha. Di rumah ada orang tolong masak makan, cuci baju, ajak tidur awal, kejut bangun Subuh. Aku ni ha, siapa nak buat semua tu kalau diri sendiri tak buat? Bakal bini pun aku belum ada.
Teringat aku satu ketika dulu sewaktu Abang F dan Abang A datang khususi Abang J. Waktu tu aku tahun pertama di U, di kolej 4. Masa khususi memang Abang J gelak ketawa sama-sama. Lepas kena khususi tu, baru Abang J bagitau aku bahawa pecah hati dia bila kena khususi. Waktu tu aku agak faham perasaan Abang J. Memang kadangkala bila kita khususi karkun, dia akan pecah hati. Sebab memang tak perlu khususi karkun. Apatah lagi jika dia seorang fikirman dan jos pulak tu. Sekarang ni baru aku bener-bener paham perasaan Abang J. Iaitu bila aku kena khususi…
Mungkin orang akan kata, alah…kau tak datang mesyuarat dan taklim 3 hari, memang patut la kena khususi. Sebenarnya banyak lagi rakan seusaha yang tak pernah nampak batang hidung ataupun hanya muncul sekali sekala dalam seminggu. Tak pernah pun mereka dikhususi? Adakah kerana mereka tu orang tua atau orang kaya, maka tak perlu dikhususi?
Sebenarnya aku dah rasa betapa tak bagusnya kalau aku tak tidur malam hari. Badan aku sangat lemah, mata jadi sakit, badan jadi gatal-gatal. Makan minum tak tentu hala. Jadi aku dah buat keputusan malam markaz tu aku nak berubah. Nak mulakan tidur awal seawal jam 11.00 malam dan bangun awal untuk sertai mesyuarat harian dan taklim. Tapi bila kena khususi tu, hati terus memberontak.
Syaitan apa lagi, mula lah memasukkan jarumnya ke dalam hati aku. Sejak kena khususi aku sangat-sangat bengkek dalam hati terutamanya dengan orang yang khususi aku. Kalau macam tu, jangan bimbang, aku takkan bagi syor apa-apa lagi lepas ni. Itulah keputusan aku sejak itu. Walaupun begitu, tak lah sampai nak escape gasht dan 5 amal. Hangin hangin aku pun tak de la sampai tahap tu.
Nak dijadikan cerita, hari yang sama tu jugak, halaqah aku kena khidmat parking. So, pukul 6 kena kumpul di markaz. Malangnya petang tu aku demam selsema dan nak dijadikan ceritanya lagi, tayar moto aku pancit. Aku pun tak tau mana nak cari kedai sebab baru pindah. Nak tanya rakan seusaha pun tak de mood sebab hati tengah bengkek. Jadi tak dapat lah aku khidmat haritu, walaupun semasa kena khususi tu, aku yang beriya-iya tanya pasal parking. Jadi, sekali lagi aku ni “cakap tak serupa bikin”.
Alhamdulillah walaupun hati ni hangin, aku masih lagi dapat mengawal perasaan dan menyertai gasht, mesyuarat harian dan taklim hari seterusnya. Aku dah cakap, aku akan mula tidur awal pada Sabtu malam tu. Memang aku tidur awal pun. Nampaknya diorang khususi aku tak kena timing la. Memang hati aku bengkek sampai sekarang. Dalam gasht, mesyuarat harian, taklim, aku senyap je. Muka aku serius samapai habis, tak senyum sedikit pun.
Susah betul lah nak damaikan hati ni. Terutamanya bila alasan khususi tu tak patut, iaitu, “khususi kerana anta bagi syor tapi anta tak datang”. Sedangkan bagi aku khususi karkun ni boleh jadi satu penghinaan yang sangat besar pada dia. Terutamanya bila dia seorang karkun yang aktif.
Lamansesawang Home-Based Business Tips : Don’t get discouraged. Many businesses fail simply because their owners became discouraged after a disappointing trial period. You will have to show grit and determination to make your business succeed. Hang in there and do all that you can to make your business the success you know it can be.
Kongsi cerita ini dengan rakan anda!

#1 by umairah unaida on 05/03/2010 - 9:19 pm
ermmm…tak fahamlah knp nak bengkak hati plak bile kena khususi..knp tak rase lega sbb masih ad g org dalam dunia nie yg igatkan kite..kalo karkun sendiri tak dapat nak trima nasihat mcm mne nak harapkan org lain yg didakwah untuk trima nasihat kite..aneh tp benar..sedangkan org yg didakwah tu mgkin lagi cetek pemikirannye mengenai agama dri kite..mcm mne usaha dakwah nak menjadi..kt kampung sy sendiri.ad seorg hamba Allah nie aktif berdakwah tp kalo asal ad ceramah jek kt masjid lps jemaah lbh2 g penceramah tu org luar mesti dy cabut..mesti cabut pnye..tak thu knp??..knp ini smua berlaku..setinggi mane pn ilmu kite tak salah utuk degar org lain pnye ilmu…org mcm nie nak berdakwah??mcm mne org laen nak ikut??mcm mne??org yg berdakwah sendiri tak mampu nak bagi contoh yg baek..mcm mne??
#2 by Fendy on 05/03/2010 - 11:49 pm
Umairah tak faham apa yang saya maksudkan tu. Untuk pengetahuan Umairah, antara rakan seusaha yang buat usaha agama, ada cara pendekatan yang berbeza. Dan hanya mereka yang buat usaha sahaja akan faham. Yang tak buat, takkan faham dan akan salah faham.
You kena faham keadaan saya masa tu tengah tertekan dengan jam biologi saya yang tak menentu. Perubahan mood dan perasaan orang yang tak cukup tidur memang ketara. Sebab itu orang baru bangun tidur dikatakan cepat mengamuk kalau kita cuba cari pasal dengan dia, berbanding orang yang dah lama bangun tidur.
Mereka yang datang ziarah saya adalah antara orang yang saya sangat respect sampai sekarang. Apa yang saya komen hanyalah timing yang tak kena dengan jadual hidup saya. Itu je. Dan ingat, saya ada sebut perkataan “syaitan” dalam post tu. Supaya orang faham apa yang berlaku tu adalah hasutan syaitan pada diri saya yang lemah…
Bab cabut lari keluar dari surau bila ustaz datang tak timbul dalam hal ni. Betul-betul out of topic. InsyaAllah saya akan tulis segera bab ni selepas ni.
Menyesal gak bila ada orang salah faham dengan apa yang kita cuba ceritakan…
#3 by umairah unaida on 06/03/2010 - 3:34 pm
ermmm..minta maaf kalo sy tersalah tafsir tulisan saudara..tp itulah kenyataan hidup yg sy hadapi buat sy salah fhm kot..org2 yg mcm saudara nie yg ad disekeliling sy kekdg itu bg contoh yg tak baek sbb tulah kot sy salah fahamm..tp bodohlah sy kalo sy menilai stu utk smua..maaff..baguslah kalo saudara nak tulis topik nie..sbb sy rse ramai org2 mcm nie wujud yg bagi palitan truk utk org2 mcm saudara…
#4 by Fendy on 07/03/2010 - 10:13 pm
“org2 yg mcm saudara nie”….. Alhamdulillah, terima kasih.
#5 by umairah unaida on 08/03/2010 - 6:41 pm
Alhamdulilah..Terima kasih atas penerangan saudara yang panjang lebar tu..saya tak bermaksud pun untuk menyinggung mana2 pihak..saya cuma memberi pandangan apa yg sy rase selama ini..
minta maaflah kalo komen saya keterlaluan..benarlah org kate bahawa mata pena itu lebih tajam dari sebilah pedang..Mata pena saudara sememangnya tajam..
#6 by Fendy on 08/03/2010 - 7:55 pm
Syukur pada Allah kita dah saling bermaafan. Saya risau betul bila orang islam sesama mereka bertelingkah. Semoga kita lebih kuat membuat usaha agama, amin!
#7 by umairah unaida on 09/03/2010 - 9:10 pm
amin..
#8 by abu ammar on 22/03/2010 - 11:31 am
Syukur …. kalo ade org yg datang khususi kite….. org yg ziarah ni kan membawe seribu rahmat dan bile dia pulang insyaALLAH bawe keluar skali dosa2 yg ade dlm umah kite….
sebab tu laaa kalo org ade azam nak keluar …mcm2 jemaaah khususi yg dtg..
ade satu karkuzari mase saye di masjid kakrail oleh syura Bangladesh…. beliau kate ade satu kali tu jemaah dari Thailand dtg… dan dlm jemaah tu takde yg bole berbahase urdu dan english… dan pd mase yg same juge di masjid kakrail kekurangan penterjemah..
jadi jemaah dihantar ketempat taskil tanpa penterjemah… tapi yg pelik nyer selepas beberape hari jemaah tunai dibentuk dan dikeluarkan.. dan dihantar kemasjid kakrail dan selang beberape hari lagi satu lagi jemaah dikeluarkan ….
Jadi ini menghairankan org tangungjawab kakrail… dan mereka sendiri pergi melihat bagai mane jemaah tersebut buat usaha… bile mereka sampai mereka lihat jemaah ini sedang memberi peneranagan dlm bahase thailand sedangkan takde org yg bole terjemah…
Bile di tanye bagai mane mereka buat usaha .. jemaah ni bagitau yg bile mereka buat khususi seseorng… mereka akan pergi berkali2 .. dan kalo takde org dirumah mereka akan datang lagi dan lagi.. dan mereka akan ajak tuan rumah bace yaaasin bersame dgn mereka.. utk ALLAH mudah kan tuan rumah keluar… dan ade yg bersembahyang hajat dirumah tuan rumah…
semoga ALLAH memberi saye kesungguhan utk buat usahe yg mulia ini
WALLAH HU A’LAM
#9 by Fendy on 22/03/2010 - 1:03 pm
InsyaAllah, keluar lagi dan lagi, Allah bagi faham.