Artikel ini adalah petikan daripada website Ustaz Zaharuddin. Ini adalah sebahagian kecil daripada fenomena orang buat bisnes. Sama ada orang jabatan kerajaan, swasta atau pihak pembekal dan penjual. Banyak lagi contoh-contoh yang tak tertuliskan di sini. Pengalaman 3 tahun membuat bisnes sudah cukup mendedahkan aku kepada perkara-perkara ini. Alhamdulillah setakat ini aku tidak pernah membuat perkara-perkara terkutuk ini. Tapi aku tak nafikan, banyak orang Islam sendiri yang buat, sama ada mereka tahu atau tak tahu tentang hukumnya.
Rasuah dalam memilih kontraktor pembekal.
Biasanya dilakukan oleh pegawai yang memilih kontraktor. Quotation daripada 4 syarikat misalnya, Syarikat A, B, C dan D telah diterima. Oleh kerana Syarikat C berjanji akan memberi sedikit bahagian (percent) kepada pegawai itu, maka Syarikat C telah dipilih. Biasanya percent ini tidak disebut sebagai rasuah semasa dealing antara mereka. Ada yang menggunakan nama “hadiah” atau “sumbangan” semasa dealing dibuat antara syarikat dan pegawai tadi. Apa pun nama yang digunakan, ia tetap rasuah.
Contoh yang biasa berlaku seperti di bawah:-
- Penjual Syarikat A berjumpa dengan pegawai untuk dealing maka Penjual berkata, “Kami boleh supply barang ni. Harga dia RM500. Dan kami akan bagi hadiah pada encik RM100 lah untuk setiap unit tu.”
- Semasa dealing, penjual berkata, “Kalau bisnes ini jadi, syarikat kami bercadang untuk hadiahkan kepada encik sebuah laptop sebagai tanda terima kasih.”
- Semasa penjual dealing dengan mana-mana pegawai, pegawai itu berkata, “Kena ada sikit lah bahagian untuk saya. Barulah saya akan recommend Syarikat A ni pada bos.”
- Semasa dealing, pegawai berkata, “Saya akan terima Syarikat A sebagai supplier barang ni dengan syarat Syarikat A mesti bagi sponsor untuk sambutan Hari Keluarga jabatan kami bulan hadapan.”
Mencipta dummy quotation.
Pegawai atau kumpulan pegawai yang diberi kuasa membuat pemilihan kontraktor berpakat untuk memberi projek atau bisnes itu kepada sesuatu syarikat rakan mereka misalnya Syarikat C, bukan kerana kualiti dan harganya, tetapi kerana sebab-sebab lain. Disebabkan prosedur syarikat yang memerlukan minimum 3 quotation untuk membuat pemilihan, maka pegawai ini telah mencipta beberapa ‘quotation’ dari syarikat yang tidak wujud. Perkara ini adalah haram kerana menipu.
Menaikkan Harga
Pegawai diminta oleh majikan untuk mencari pembekal bahan mentah, pegawai berjaya mencari dengan harga RM 1500 tetapi menaikkannya kepada RM 2000, lalu baki RM 500 diambilnya. Hukumnya adalah haram sepakat ulama.
Menang Tender Bersyarat
Pelaburan Pegawai diminta oleh majikan mencari kontraktor untuk ‘renovation’ pejabat atau apa jua aset syarikat. Pegawai telah mengempen syarikat ‘B’ kepada majikan disebabkan dia telah mempunyai perjanjian di sebalik tabir dengan pihak syarikat “B’ yang memberikannya izin untuk melabur wang peribadinya dalam syarikat ‘B’ dengan kadar keuntungan mengikut Islam ‘kononnya’. Padahal, jika tiada peluang ‘melabur’ itu, sudah pasti pegawai tidak akan mengempen syarikat ‘B’. Hukumnya adalah haram dalam Islam dan ia termasuk dalam rasuah bentuk baru dan berselindung disebalik aktiviti pelaburan Islam.
Tuntutan Palsu
Pegawai membeli barang keperluan syarikat atau mengisi minyak dengan harga tertentu tetapi berpakat dan memohon pembekal atau stesyen minyak mengeluarkan resit dengan jumlah berbeza dari jumlah pembeliannya. Berbekalkan resit itu, pegawai membuat tuntutan (claim) kepada syarikat dengan harga berlipat kali ganda. Ini yang berlaku dalam kes-kes di atas. Hukumnya adalah haram menurut Islam kerana penipuan kepada syarikat. Pihak pembekal juga berdosa kerana dikira bersubahat mengeluarkan resit berjumlah palsu itu.
Resit buat sendiri
Pegawai membeli barang untuk kegunaan syarikat dari satu kedai, dan kedai tersebut enggan bekerjasama untuk menaikkan harga dalam resit. Bagi meraih keuntungan, pihak pegawai telah mencipta resit sendiri berserta cop palsu. Hukumnya adalah haram dalam Islam kerana penipuan.
Ambil untung sendiri
Pegawai diberi oleh syarikat ‘budjet maksima’ sebanyak RM 5000 untuk membeli satu barangan keperluan syarikat. Pegawai berjaya mencari di pasaran terbuka barang yang diperlukan dengan harga RM 4000 sahaja. Bagi mendapat manfaat, si pegawai telah berpakat dengan penjual agar dituliskan harga RM 5000 dalam invoice dan baki RM 1000 hendaklah diberi kepadanya. Hukumnya adalah haram kerana penipuan dan wang khianat sebagaimana yang disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bagaimanapun, jika ia berterus terang dengan majikan sambil memohon sebarang insentif atas kejayaannya mengurangkan kos syarikat kerana kecekapannya mencari barang yang lebih murah, tatkala itu, majikan harus memberikannya jika ia tidak menyalahi mana-mana undang-undang syarikat. Jika tidak, majikan akan mengambil kira kejayaan itu dan membayarnya dalam bonus dan kenaikan gaji apabila sampai waktunya sahaja.
Guna syarikat sendiri
Soalannya seperti berikut : – “Saya bekerja dengan majikan, dalam masa yang sama membuat perniagaan membekal barang-barang untuk majikan menggunakan syarikat saya tanpa pengetahuan majikan?” Hukum : Ia lebih cenderung kepada hukum haram terutamanya jika anda menggunakan kuasa anda sebagai pegawai yang diberi tanggungjawab untuk mempengaruhi keputusan pemilihan pembekal. Walaubagaimanapun jika majikan telah diberitahu dan mereka bersetuju tanpa sebarang syarat-syarat seperti rasuah seperti ‘mesti memberikan komisyen kepadanya pula’ ; maka ia boleh dikira harus dan halal, terutamanya apabila syarikat anda memang punyai kualiti dan mampu menawarkan harga kompetitif berbanding syarikat pembekal lain.
Kongsi cerita ini dengan rakan anda!

Recent Comments