Tanggal 14 Oktober 2009 aku berjaya menamatkan puasa 6 aku. Untuk meraikan kejayaan yang jarang-jarang aku kecapi itu, aku membuat jamuan raya di rumah bujang ni. Tahun lepas pun kami ada buat jamuan. Cuma jamuan ni tak sesuai dipanggil rumah terbuka, sebab kami tak panggil semua orang. Boleh gak disebut sebagai rumah tertutup kerana hanya orang tertentu je yang dijemput, demi menjaga bajet, hehehe…
Aku memang excited sikit bab masak-masak ni sebab aku memang minat memasak. Lagipun, semua member-member ex-U dipanggil untuk hadir bersama. Inilah peluangnya untuk kitorang get together lah bak kata omputih. Time macam ni lah nak dengar gosip-gosip terbaru, kisah suka duka dalam menghadapi desakan hidup dan sebagainya.
Bermula malam 13hb aku dah mula masak rendang bebiri dan udang. Alhamdulillah ustaz membantu sedikit sebanyak, dapat juga mengurangkan beban. Memasak memang best, cuma tenaga yang digunakan pun best gak. Penat aku dibuatnya. Beberapa kali rasa macam nak pengsan. Mana tidaknya, siang puasa, time bukak puasa, nasi pun tadak. Pastu malamnya nak masak pulak.
14hb aku 3 kali ulang alik keluar dari rumah naik moto pi beli barang. Komputer aku yang rosak menambahkan lagi penat aku. Walaupun puasa, aku terpaksa memasak dan membuat persediaan dariĀ pagi sampai ke waktu berbuka puasa. Kebiasaan tidur siang terpaksa aku korbankan. Sakit pinggang terpaksa aku lupakan. Nasi impit, kuah kacang, cup cakes, Wati cokelat celup, potato wedges dan fish nugget berjaya disiapkan. Sebenarnya aku ada 2 lagi menu untuk disiapkan tapi masa tak mengizinkan. Lagipun tenaga dah hampir habis.
Alhasilnya, Alhamdulillah selepas Isyak, tetamu datang menjamu selera. Memang seronok
dapat bersama kawan-kawan. Housemate aku, coretanversidua menambah 2 keping Pizza di dalam menu. Hafiz si penyelia madrasah pula membawa 2 karton Haleeb Juice perisa manggo dan apple sebagai minuman. Jamuan bertambah serinya. 6 orang penghuni rumah dan 5 orang tetamu hadir di dalam jamuan kecil itu. Secara keseluruhan, aku amat gembira dengan jamuan ini. Malamnya aku tidur lena disamping sakit-sakit di seluruh badan… Selamat Hari Raya.
Kongsi cerita ini dengan rakan anda!

Recent Comments