Aku pernah dengar cerita bagaimana seorang rakan seusaha pembawa kereta kuda menasykil Dr. Zakir Hussain, Presiden India ke-3, ke dalam usaha agama iaitu pada zaman hazrat Maulana Ilyas rah.alaih.
Baru-baru ni, sorang member aku hantar email menceritakan pula kisah dialog antara seorang pelajar universiti dengan professornya tentang bab ketuhanan. Pelajar itu pula ialah Dr. A.P.J Abdul Kalam, Presiden India ke-11.
Lalu aku membuat carian dengan pakcik Google dan baru aku tahu daripada 12 orang Presiden India, 3 orang daripadanya beragama Islam. Demikian juga 3 orang beragama Islam pernah memegang jawatan Naib Presiden India termasuklah yang sekarang ni, iaitu Mohammad Hamid Ansari.
Anyway, aku sebenarnya nak terjemahkan cerita dialog antara Dr. A.P.J Abdul Kalam (semasa student) dengan professornya yang atheis (tak beragama) itu. Begini ceritanya…
Seorang professor falsafah bercakap di dalam kuliahnya tentang permasalahan yang dihadapi oleh sains berkenaan Tuhan. Dia meminta seorang student barunya (Dr. A.P.J Abdul Kalam) untuk bangun dan dialog berlaku…
Prof : Kamu percaya tentang Tuhan?
Student : Sudah tentu, tuan.
Prof : Adakah Tuhan baik?
Student : Sudah tentu.
Prof : Adakah Tuhan maha kuasa?
Student : Ya…
Prof : Saudara saya mati kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan untuk menyembuhkannya. Kebanyakan kita akan membantu mereka yang sakit. Tetapi Tuhan tidak berbuat demikian. Bagaimana Tuhan dikatakan baik kalau begitu? Hmm?
(Student itu diam.)Prof : Kamu tak dapat jawab, kan? Mari kita mulakan semula, anak muda. Adakah Tuhan baik?
Student : Ya.
Prof : Adakah syaitan baik?
Student : Tidak.
Prof : Dari mana datangnya syaitan?
Student : Dari…Tuhan…
Prof : Betul tu. Beritahu saya wahai anak muda, adakah wujudnya kejahatan di dunia ini?
Student : Ya.
Prof : Kejahatan di mana-mana, betul tak? Dan Tuhan menciptakan segalanya. Betul?
Student : Ya.
Prof : Jadi siapa yang menciptakan kejahatan?
(Student itu tak menjawab.)Prof : Adakah wujudnya penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Bukankah semua perkara buruk ini wujud di dunia, tak begitu?
Student : Ya, tuan.
Prof : Jadi, siapa ciptakan semua itu?
(Student itu tiada jawapan.)Prof : Sains mengatakan kamu mempunyai 5 pancaindera bagi mengenalpasti dan memerhati kejadian di sekeliling kamu. Beritahu saya wahai anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?
Student : Tidak, tuan.
Prof : Beritahu kami sama ada kamu pernah mendengar Tuhan kamu?
Student : Tidak, tuan.
Prof : Pernahkah kamu menyentuh Tuhan kamu? Merasa Tuhan kamu? Menghidu Tuhan kamu? Pernahkah kamu mengesan apa-apa tentang Tuhan kamu dalam hal itu?
Student : Tidak, tuan. Saya rasa saya tak pernah.
Prof : Tetapi kamu masih lagi mempercayaiNya?
Student : Ya.
Prof : Berdasarkan protokol ujikaji dan demonstrasi empirikal, sains mengatakan bahawa Tuhan kamu tidak wujud… Apa pendapat kamu, wahai anak muda?
Student: Tak ada apa-apa. Saya hanya ada “yakin”.
Prof : Ya, yakin… Itulah masalah yang dihadapi oleh sains.Student : Professor, adakah haba itu wujud?
Prof : Ya.
Student : Dan sejuk itu wujud?
Prof : Ya.
Student : Tidak, tuan. Sejuk tidak wujud.
(Keseluruhan dewan kuliah menjadi senyap ketika ini.)Student : Tuan, kita boleh ada pelbagai jenis haba seperti panas, lebih panas, kepanasan super, kepanasan mega, panas putih, sedikit panas atau tidak panas…
Tetapi kita tidak mempunyai apa-apa tentang sejuk… Kita boleh mencapai 458 darjah di bawah kosong yang disebut sebagai tiada kepanasan. Tetapi kita tidak dapat pergi lebih jauh daripada itu.
Sejuk tidak pernah wujud. Sejuk hanyalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan keadaan ketiadaan haba. Kita tidak dapat mengukur sejuk. Haba ialah sejenis tenaga tetapi sejuk bukanlah lawan bagi haba, tuan. Hanya ketiadaan haba…
(Dewan kuliah sunyi sepi.)Student : Bagaimana pula dengan gelap, tuan? Adakah gelap itu wujud??
Prof : Ya. Bagaimana akan malam jika tiada kegelapan?
Student : Tuan silap sekali lagi. Kegelapan adalah keadaan ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya malap, cahaya biasa, cahaya terang, cahaya bersilau… Tetapi jika kita tiada cahaya, kita tiada apa-apa dan itu dipanggil gelap, tak begitu?
Realitinya gelap tidak wujud. Jika wujud, bolehkan kamu menambahkan gelap menjadi lebih gelap?Prof : Jadi, apa maksud kamu sebenarnya anak muda?
Student : Tuan, maksud saya, premis falsafah tuan berlaku kecacatan.
Prof : Boleh kamu terangkan bagaimana?
Student : Tuan, kamu menggunakan premis berpasangan. Kamu mengatakan ada hidup dan ada mati, Tuhan baik dan Tuhan buruk. Tuan melihat konsep Tuhan sebagai sesuatu yang boleh diukur.
Tuan, sains tidak lansung mempunyai penjelasan tentang “fikiran”. Ia menggunakan elektrik dan magnetism namun tidak dapat memahami secara penuh. Untuk melihat mati sebagai lawan kepada hidup adalah seolah-olah jahil bahawa mati itu tidak mungkin menjadi satu kewujudan.
Mati bukanlah lawan kepada hidup. Bahkan mati adalah ketiadaannya hidup.
Sekarang beritahu saya, adakah tuan mengajar pelajar-pelajar tuan bahawa mereka berevolusi daripada monyet?
Prof : Jika kamu bercakap tentang proses evolusi, ya, memang saya mengatakan begitu.
Student : Pernahkah tuan melihat evolusi dengan mata tuan sendiri?
(Professor menggelengkan kepalanya sambil tersenyum kerana sudah menyedari ke mana hala tuju perbincangan itu.)
Student : Oleh kerana tiada siapa yang pernah menyaksikan proses evolusi berjalan dan tidak pernah memerhatikan proses ini sebagai proses yang sedang berlaku, adakah tuan hanya mengajarkan sesuatu bersifat pendapat peribadi sahaja? Adakah tuan bukan saintis tetapi penyampai?
(Suasana kuliah menjadi hiruk pikuk.)Student : Ada sesiapa di dalam kuliah ini pernah melihat otak professor?
(Kuliah bergelak ketawa mendengarkan ini.)Student : Ada sesiapa pernah mendengar otak professor, menyentuhnya, merasainya atau menghidunya? Tiada siapa pun pernah melakukannya.
Jadi menurut protokol ujikaji dan demonstrasi empirikal, sains mengatakan bahawa kamu tiada otak, tuan.
Dengan hormat saya bertanya, bagaimana mungkin kami mempercayai kuliah tuan?
(Dewan kuliah menjadi senyap semula. Professor merenung ke arah student itu. Wajahnya keliru.)Prof : Saya rasa, kamu hanya perlu “yakin”, anak muda.
Student : Itulah dia tuan, kaitan antara manusia dan Tuhan, iaitu “yakin”.
Kongsi cerita ini dengan rakan anda!

#1 by Anonymous on 19/01/2010 - 9:12 pm
no comment
#2 by Fendy on 19/01/2010 - 10:37 pm
Wow, terima kasih!
#3 by Anonymous on 31/03/2010 - 3:40 pm
hebat…tq bro…