Rumah terbuka di Villa Budiman Abbas


Aku dan KambingMakan free memang seronok. Apatah lagi kalau makanan tu banyak jenis. Baru-baru ni aku pi jemputan di Villa Budiman, rumah Abbas, si tokey kolam udang. Kami sampai sana lepas zohor. Tetamu agak ramai. Tetapi tak de masalah sebab kawasan lot rumah seluar 3 ekar tu boleh muatkan beribu-ribu orang rasanya. Tapi tetamu tak lah beribu-ribu.

Antara hidangan yang ada ialah kambing golek, udang bakar, mee udang dengan udang fresh, nasi berlauk dengan lauk gulai kambing, ayam goreng, udang masak lemak, ikan sweet sour, sayuran dan sambal ubi dan tempe. Oleh kerana aku ni seorang yang agak bijak dan ditambah pula niat untuk diet, aku makan lauk sahaja tanpa makan nasi. Aku mengaut semua jenis lauk yang ada ke dalam satu pinggan. Aku juga tak makan mee. Semua ini bertujuan agar aku boleh makan banyak lauk. Hehehe…

Suasana makan-makan ditambah serinya dengan kewujudan kandang kambing di belakang rumah si Abbas. Selesai makan aku ulang 2 kali lagi untuk ambil kambing golek dan udang bakar. Lazatnya tak terkata. Bayangkanlah seekor kambing digolekkan di depan mata dan akhirnya isinya digoreng dengan bawang dan capsicum dan dimakan dengan sos grill yang lazat! Bayangkanlah udang fresh dari kolam sebesar ibu jari dibakar depan mata berasap-asap dan dimakan dengan sos lazat!

Selesai makan 3 kali, terasa lagi keinginan nak makan lagi. Oleh kerana dikuasai perasaan malu, aku membatalkan niat untuk tambah lagi dan pergi mengambil air. Member-member lain…ada yang ulang sampai 5-6 kali gi amek udang bakar…hampeh! Mentang-mentang lah yang bakar udang tu baru habis SPM tahun lepas…

Sebakul besar durian dengan berat 30kg telah dibeli oleh Azam, member aku, iaitu Pegawai Akuakultur kolam udang syarikat Abbas iaitu Syarikat Untung Besar Aquaculture Sdn. Bhd. Kami pun apa lagi, turut meratah durian yang tersangat amat lazat sungguh itu. Aku tak bilang berapa biji yang berjaya kami habiskan.

Sambil makan, kami dihiburkan dengan bunyi-bunyian kambing di belakang rumah Abbas. Kambing-kambing begitu jinak. Ramai bebudak dan orang dewasa turut bermain di luar dan di dalam pagar kandang. Ada yang menjerit-jerit kepoyoan apabila kambing-kambing jinak itu mengunyah-ngunyah baju kurung yang dipakai.

Tiba waktu Asar, kami bersama-sama Abbas bersolat di masjid berdekatan. Selesai solat, kami kembali semula ke Villa Budiman. Ikutkan hati memang nak makan lagi. Tapi oleh kerana hari itu ada gasht pertama, terpaksa korbankan perut untuk agama. Hehehe…

Sebelum balik, kami mengambil peluang untuk bersiar-siar di dalam kandang kambing dan kawasan sekitarnya. Ada lebih 30 ekor kambing di situ. Kami naik ke puncak kawasan itu untuk melihat pemandangan kawasan sekitar. Kambing-kambing turut mengikut kami ke atas. Akhirnya aku mengambil peluang untuk mengambil gambar bersama kambing yang berpangkat syura dalam kawanan kambing itu. Aku namakan gambar itu sebagai “Aku dan Kambing”.

P/s : Gambar aku tu aku edit dengan Adobe Photoshop demi menyembunyikan identiti. Hehehe…

Kongsi cerita ini dengan rakan anda!

Kongsi bersama:
  • Add to favorites
  • RSS
  • email
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MSN Reporter
  • MySpace
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Reddit
  • LinkedIn
  • NewsVine
  • SphereIt
  • Mixx

Artikel berkaitan:

  • Tiada artikel berkaitan.

, ,

  1. No comments yet.
(will not be published)