AYAT 41 Surah Ar-Rum (30:41) yang bermaksud: “Telah zahir kerosakan di darat dan di lautan disebabkan kerana perbuatan tangan-tangan manusia; Allah menghendaki supaya manusia merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar).”
Benarlah kata-kata Allah. Aku turut merasai kebenaran ayat Allah ini pada hari pertama aku pulang ke KL setelah berhari raya di kampung.
Setibanya aku di sana, Ustaz ada di rumah. Dia sedang masak mee goreng. Rezeki… Walaupun aku menolak untuk makan bersama, Ustaz tetap mendesak. Dia tidak mula makan selagi aku tidak turut makan bersama. Sifat orang buat usaha agama…
Aku menghabiskan hari dengan memerhatikan suasana rumah setelah ditinggalkan kerana hari raya. Aku yang balik kampung paling awal dulu. Sebelum-sebelum ini kalau aku balik kampung awal, biasanya rumah ditinggalkan dalam keadaan semak, tak teratur dan kadangkala pinggan mangkuk dan periuk pun ada yang dah berkerak. Alhamdulillah dengan izin Allah, sebelum balik haritu aku ada tinggalkan pesan supaya semuanya dikemaskan. Syukur keadaan rumah agak kemas.
Malamnya aku escape Malam Markaz kerana alasan “baru sampai rumah…”. Aku memerhatikan peti ais. Nampaknya ais sudah membeku hampir separuh tempat ice box. Sebelum ini pun tak ada sesiapa yang ambil tahu bab tu. Biasanya aku yang akan menekan butang Defrost dan mengawal air yang bertakung di belakang peti ais agar tidak melimpah keluar. Sebelum ini, gara-gara terlupa, beberapa kali air melimpah keluar sehingga membasahi meja. Dan oleh kerana butang Defrost tu tak begitu lama jangkamasanya, biasanya ais belum lagi habis cair, butang itu sudah off dengan sendirinya dan tidak dapat ditekan lagi sehingga beberapa waktu. So biasanya aku akan menggunakan 2 senjata iaitu senduk besi dan pisau untuk memecahkan ais batu tersebut.
Pada malam tersebut, seperti biasa, aku menekan butang Defrost dan membiarkannya. Sekali sekala aku melihat kotak takungan air dan membuang air yang bertakung agar tidak melimpah. Setelah beberapa lama, aku membuka ice box untuk melihat hasilnya. Kecewa dengan fungsi Defrost tersebut, butang itu telah pun off walaupun ais masih tebal. Bukan sahaja di dalam ice box, bahkan di bahagian bawah ice box juga tebal dengan ais.
Dengan penuh yakin, aku mengambil senduk besi dan pisau untuk memulakan kerja-kerja biasa aku. Aku terus mengetuk dan mengetuk, mencucuk dan mencucuk ais-ais itu dengan pisau. Seperti menukul batu, aku meletakkan pisau pada permukaan ais dan mengetuknya dengan kuat menggunakan senduk.
Tertera label di bahagian ice box itu, amaran supaya jangan mencungkil dengan benda tajam kerana kerosakan berkaitan itu tidak akan dijamin. Sudah banyak kali aku membaca amaran itu. Tapi aku tak kesah. Dah banyak kali aku ketuk guna pisau dan senduk. Tak ada apa-apa pun yang berlaku.
Maka aku terus mengetuk dan mengetuk sehinggalah ke ketukan terakhir yang mengebabkan aku terus berhenti mengetuk. Ketukan di bahagian bawah ice box itu telah menyebabkan gas tersembur keluar dengan begitu kuat sekali. Aku terus menjadi panik dan terbayang-bayang kejadian letupan dan sebagainya.
Lantas aku mengundur beberapa langkah ke belakang lalu terus menutup pintu peti ais kepunyaan housemate aku itu. Fikiranku bercelaru. Aku tak tahu apa yang sedang berlaku. Yang aku tahu, aku telah merosakkan peti ais orang yang baru dibeli belum sampai 3 tahun. Aku terfikir apa yang perlu aku beritahu kepada pemilik peti ais ini. Yang paling penting, berapa helai duit RM50 ku yang akan terbang akibat daripada kejadian ini. Kemiskinan kembali terbayang-bayang di hadapan mataku. Aku mesti jual Toshiba Tecra ku!
Selepas beberapa lama, aku kembali membuka pintu peti ais dan nampaknya gas itu telah berhenti keluar. Aku melihat tempat keluarnya gas tersebut. Ada satu lubang tersangat kecil di situ. Sebesar mata pensel kayu je. Lubang yang disebabkan oleh hentakan senduk ke atas pisau tadi. Baru aku teringat, pisau itu baru sahaja aku beli seminggu sebelum raya dengan harga RM7.90. Tajamnya Allah saja yang tahu. Maklumlah pisau baru. Pisau lama yang biasa aku gunakan untuk mengetuk ais sebelum ini telah aku buang. Patutlah sampai berlubang…
Besoknya peti ais sudah tidak sejuk lagi. Beberapa housemate aku telah sampai ke rumah. Mereka terus ke tempat kerja. Seterusnya aku memberitahu pemilik peti ais tersebut tentang kejadian itu dan berjanji untuk menanggung segala perbelanjaan membaikpulih peti ais itu. Nampaknya ini kali pertama aku memperbaiki peti ais.
Beberapa orang telah aku hubungi. Mereka semua meletakkan harga masing-masing. Akhirnya aku bersetuju untuk menggunakan khidmat seorang cina dan dia memperbaiki peti ais itu di situ juga dengan bayaran RM180. Apa yang dibuatnya ialah memeriksa sama ada motor peti ais masih berfungsi atau tidak. Kemudian dia menampal lubang dan memasukkan gas Refrigerant 134a dan sedikit Dimethyl Spirit ke dalam tempat gas. Akhirnya, RM180 aku terbang sekelip mata…
Benarlah… Berlaku kerosakan peti ais ini adalah akibat daripada kegatalan tangan aku sendiri dan akibatnya RM180 telah terbang daripada poket.
Akhir kata aku nak bagi sikit nasihat :-
- Jangan ketuk atau cungkil ais. Nanti kalau bocor baru tahu akibatnya.
- Kalau benda cam ni berlaku pada korang, cepat-cepat tutup suis peti ais dan selepas gas keluar habis, tutup sementara lubang itu dengan apa-apa sahaja supaya jangan air masuk. Kalau air masuk, motor boleh rosak. Kalau motor rosak, lebih banyak helaian RM50 akan terbang.
- Kalau petiais korang bocor dan keluar gas, usahakan untuk tampal kebocoran tu jika ada alatannya. Pastu minta orang datang isi gas saja. Boleh jimat sikit.
- Paling penting, bercakap benar memang menenangkan hati. Aku betul-betul terasa bila aku berterus terang dengan pemilik peti ais ini tentang kerosakan tu.
Kongsi cerita ini dengan rakan anda!

#1 by jantan terhangat on 16/12/2009 - 4:10 pm
hm. laaaaaa aku kena gak ..adeh..camne ek..apek tu tampal guna ape ek..?kat bahagian bocor tu..
#2 by Fendy on 01/01/2010 - 9:22 pm
Kalu tak salah aku plastik. Mula-mula dia bakar bahagian tu guna api penunu bunsen dia tu, sampai kawasan bocor tu merah-merah membara, pastu dia cepat-cepat tonyoh lubang tu dengan sebatang rod plastik. Lepas tu dia isi gas di belakang peti ais tu. Gas tu yang mahal tu…
#3 by fyda on 11/01/2010 - 4:00 pm
huhuhu… aku tgh binggung ni.. tolongg… mintak no tepon apik tu..kejadian yg sama berlaku pada aku jam 2.00 pagi tadi.. tapi aku cepat tutup suis dan tutup lubang ngn pecungkil gigi
#4 by Fendy on 11/01/2010 - 6:09 pm
Alamak dah padam dah nombot telefon apek tu. Cuba cari kat dinding-dinding bangunan, tiang-tiang lampu, kotak-kotak peti surat. Biasanya ada…
#5 by rd on 07/03/2010 - 3:03 pm
hahahaa….aku terkena mcm citer ni 2 hari lepas…cari tukang baiki jupe citer ni…
duit-duit-duit….